Sejak kebelakangan ini, nama artis rapper baru nak naik, Zynakal berlegar-legar di ruang media sosial dan mulut netizen.

Ini berikutan tindakan beliau yang menyerang beberapa individu termasuk sebuah stesen radio dan syarikat rakaman berhubung projek lagu barunya.

Kemudian beberapa hari selepas itu, BBNU (Budak baru nak up) ini ditahan pihak polis dan didenda sebanyak RM2800 kerana didakwa mengasari  dan mengakibatkan kecederaan terhadap seorang pekerja stesen minyak.

Malah, beliau juga dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis disebabkan enggan menunjukkan kad pengenalannya apabila diminta berbuat demikian.

Beliau mengaku bersalah bagi dua tuduhan tersebut.

 

 Itu Bukan Perangai Zynakal

Kawan baik Zynakal, yang juga penyanyi rap, Caprice mendakwa segala kelakuan yang dilakukan Zynakal kebelakangan ini tidak menunjukkan karakter sebenar penyanyi lagu ‘terbang’ itu .

Sumber : Mstar

Caprice dipetik berkata, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli dilihat seperti orang tidak normal. Terutama apabila Zynakal tidak pulang ke rumah, tidak tidur empat hari dan bermacam perkara pelik dilakukan.

Disebabkan itu, selaku kawan baik Caprice serta penyanyi Sufian Suhaimi mengambil inisiati membawa Zynakal untuk berubat secara alternative di Hulu Langat.

Walaubagaimanapun katanya, ustaz yang merawat menyatakan Zynakal tiada sebarang gangguan.

 

Zynakal Disahkan Bipolar

Selepas dibebaskan oleh mahkamah, Zynakal telah dipujuk rakannya untuk melakukan rawatan secara professional di hospital.

 Agak mengejutkan apabila segala tindakan yang dilakukan Zynakal ini ada berkaitan dengan masalah mental. Beliau telah didapati mempunyai penyakit mental yang dikenali sebagai bipolar mania.

Sumber: BeautifulNara

Untuk masa sekarang, Zynakal telah ditahan di wad psikiatri Hospital Besar Kuala Lumpur untuk menjalani beberapa diri rawatan pemulihan. Keadaannya dikatakan masih belum stabil dan tidak dijangka kelakuannya.

Dalam pada masa sama, Menurut teman rapatnya, Syazwan Zanini, selepas menjalani pemeriksaan Zynakal juga bebas dari sebarang pengaruh dadah tidak seperti yang didakwa netizen.

 

Apa Itu Bipolar?

Bipolar Disorder adalah penyakit mental yang melibatkan perubahan emosi yang melampau. Ia terdapat dua jenis fasa iaitu fasa manic dan fasa kemurungan.

Bagi bipolar manic, penghidap boleh menjadi gembira terlebih, dan cenderung membuat perkara yang tidak masuk akal termasuk berbelanja secara berlebihan.

Antara simptom lain yang dialami ialah lebih aktif dari biasa, susah tidur, bercakap dengan cepat, rasa gelisah dan cepat marah, melakukan benda berisiko dan banyak lagi.

Manakala bagi bipolar kemurungan pula, pesakit akan berasa sedih berlebih-lebihan dan fasa ini boleh membawa kepada tindakan bunuh diri.

Simptom lain bagi fasa ini ialah tidak aktif seperti biasa, rasa kosong, masalah memberi perhatian, mudah lupa, rasa letih, fikirkan kematian dan bermacam lagi.

 

Bipolar Kerana Genetik Dan Persekitaran

Survey dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015 mendapati, seramai 4.2 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental dan perempuan merupakan penyumbang tertinggi iaitu 30.8 peratus berbanding lelaki 27.6 peratus.

Menurut seorang pegawai perubatan Dr Latif Saad, penyebab kepada penyakit bipolar masih lagi tidak diketahui. Ia mungkin boleh disebabkan masalah genetik dan persekitaran yang berinteraksi antara satu sama lain.

Terdapat kajian menunjukkan masalah ini berlaku disebabkan beberapa bahagian otak yang tidak menghasilkan jumlah kompaun penting yang betul.

Terdapat beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan masalah bipolar ini bermula antaranya satu kejadian teruk yang mungkin menyebabkan individu itu tertekan.

Ketika individu cuba menjadi normal semula, emosinya menjadi berlebihan hingga menyebabkan menjadi mania

Disamping itu, penggunaan alkohol, dadah ataupun masalah hormon juga boleh memulakan penyakit bipolar.

Penyakit ini tentu saja memberikan kesan kepada pekerjaan, gaya hidup juga perkara penting dalam kehidupan penghidap.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda tahu mengenai penyakit bipolar?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN