Setiap manusia pasti mempunyai orentasi seksual masing-masing dan biasanya akan mengalami perasan dan tertarik secara seksual terhadap pasangan berlainan jantina.

Namun, kecelaruan seksual bukan hanya terjadi kepada manusia dengan manusia sahaja tetapi terdapat juga manusia dengan haiwan.

sumber: awani

Baru-baru ini, dilaporkan tiga orang lelaki bertindak menculik dan merogol seekor anjing kepunyaan jiran mereka secara bergilir-gilir di New Delhi, India.

Tidak tercapai dek akal di mana seorang manusia sanggup melakukan hubungan seksual dengan haiwan. 

 

Dikenali Sebagai Zoofilia

Zoofilia merupakan gangguan seksual yang terjadi pada seseorang yang ‘teransang’ apabila melihat haiwan dan mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan haiwan. 

sumber: petMD

Selalunya, kes-kes zoofilia yang dilaporkan melibatkan haiwan seperti anjing, kucing, kuda dan juga itik kerana sifat binatang ini yang jinak dan mudah menurut.

Seseorang yang melakukan perbuatan ini mungkin mengalami gangguan psikologi dan merasakan melakukan seks dengan haiwan adalah satu kepuasan kerana haiwan lebih mudah dikuasai dan dikendalikan.

Zoofilia terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah zooseksual (orentasi seksual hanya pada haiwan dan tidak tertarik kepada manusia secara seksual), zoophilic fantasizer (memiliki fantasi seksual dengan haiwan tanpa penah melakukan seksual kepada haiwan), bestialiti (melakukan hubungan seks dengan haiwan) dan bestialiti sadisme (menyiksa haiwan tanpa hubungan seksual untuk memuaskan nafsu).

 

Jenis-Jenis Kecelaruan Seksual

Gangguan ataupun kecelaruan psikoseksual bukanlah semata-mata perlakuan yang biasa didengar oleh manusia pada hari ini seperti homoseksual dan lesbian, namun secara tidak sedar gangguan ini meliputi pelbagai perkara yang jarang dijumpai oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Apabila membayangkan perlakuan seks yang tidak normal, masyarakat akan mudah mengatakan ianya adalah seperti homoseksual, lesbian, transeksual, gay.

Tetapi tahukah anda, terdapat banyak lagi jenis-jenis seks yang tidak normal sememangnya wujud dan berlaku pada hari ini salah satunya ialah Parafilia.

Paraphilia ialah keadaan di mana seseorang melakukan aktiviti seksual yang pelik dan ganjil berdasarkan fantasi, alat mahupun objek yang tidak bernyawa demi memenuhi nafsu mereka. 

Berikut adalah jenis-jenis kecelaruan seksual:

Fetisyisme

Menggunakan objek yang tidak bernyawa untuk mendapatkan ransangan seksual seperti pakaian, kasut dan objek-objek yang terpilih oleh dirinya.

Sadisme

Melakukan kekejaman untuk mendapatkan kepuasan seks dan kekejaman yang dilakukan adalah dengan cara menyakitkan orang lain atau pasangan seksnya. Merotan, memukul, menyebat atau apa-apa sahaja. 

Masokisme

Individu yang gemar dirinya dipukul, disakiti, dimalukan dan lain-lain lagi perkara yang berkaitan dengannya untuk mendapatkan kepuasan seks. Perbuatan ini bukanlah suatu paksaan tetapi dilakukan dengan secara sukarela.

Nekrofila

Teransang apabila melihat mayat atau bercinta dengan orang yang sudah meninggal. Melakukan seks dengan mayat dan mungkin terpaksa membunuh untuk mendapatkan mayat demi kepuasan nafsunya.

Fruteurisme

Perbuatan seksual yang melibatkan perbuatan seseorang menggosok badan dan memeluk orang lain, biasanya dilakukan dengan tangan atau alat kelamin. Biasanya berlaku di tempat-tempat sesak seperti di dalam lif, lorong yang sempit dan tempat keramaian.

Paedofilia

Individu yang gemar melakukan seks dengan kanak-kanak yang belum baligh. Seseorang yang mengalami masalah ini biasanya tidak mendapat kepuasan seks yang secukupnya daripada orang dewasa.

Eksibisionisme

Seseorang yang gemar menunjukkan alat kelaminnya kepada orang yang tidak dikenali bagi mendapat kepuasan seks.

Voyuerisme

Sejenis kecelaruan seksual individu yang suka mengintai seseorang bagi memenuhi nafsunya tanpa hubungan fizikal. Mendapat kemuncak seksnya apabila dapat melihat atau mengintai orang lain yang menanggalkan pakaian, berbogel atau pasangan yang sedang melakukan seks.

 

Berisiko Mendapat Kanser Prostat

Melakukan seks dengan haiwan sudah semestinya mempunyai risiko terkena penyakit sehingga boleh membawa kematian.

Menurut info daripada schoolpouringrights.com, sebuah kajian telah dilakukan kepada 492 orang lelaki yang berusia 18 hingga 80 tahun di pendalaman Brazil , mendapati bahawa 35 peratus daripada mereka pernah melakukan hubungan seks dengan haiwan dan sebahagiannya telah didiagnos menghidap kanser prostat.

sumber: the vocket

Zoofilia boleh menyebabkan sesesorang itu mendapat jangkitan penyakit berjangkit dan salah satunya ialah penyakit brucellosis yang disebabkan oleh bakteria brucella. 

Bukan itu sahaja, hubungan seks dengan haiwan ini juga boleh berisiko mendapat penyakit seperti leptospirosis, ekinokokosis dan rabies.

Pernahkah anda membayangkan bagaimana rasanya melakukan hubungan seks dengan haiwan? Sudah pasti sangat menjijikkan dan meloyakan tekak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN