Semalam, tular di media sosial mengenai sebuah rakaman video yang memaparkan sekumpulan penduduk sebuah kampung di Jerantut, Pahang sedang berzikir sambil berdiri dan menggerakkan anggota tubuh.

Video berdurasi antara 0.22 saat dan 1.12 minit dipercayai dirakam seorang penduduk Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, yang mengikuti aktiviti dilakukan di sebuah surau di kampung berkenaan pada 11 Julai lalu.

Difahamkan, seorang lelaki dari Terengganu dikenali sebagai ‘Tok Ki’ atau ‘Tok Ayah’ dipercayai mengetuai aktiviti berzikir dengan cara sedemikian sehingga mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang rata-ratanya meragui perbuatan itu dan menyifatkannya sebagai ajaran sesat. 

 

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Siasat

Sumber: Projek MM

Berikutan video tular itu, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jerantut sudah memanggil lelaki terbabit untuk siasatan terperinci mengenai aktiviti yang dilakukannya itu.

Kadi Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata, pihaknya akan menemui beberapa pihak untuk mendapatkan keterangan dalam membantu proses siasatan bersama pihak yang terlibat dalam klip video itu.

Proses siasatan itu juga akan melibatkan unit Penguatkuasaan dan Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang mana siasatan secara terperinci akan dijalankan pihak mereka sebelum dilanjutkan ke Jabatan Mufti untuk tindakan selanjutnya.

 

Zikir Berdiri Menyimpang Ajaran Islam Atau Tidak?

Umum kita tahu, amalan zikir adalah satu amalan yang disyariatkan dalam Islam untuk memperingati Allah s.w.t. Ketika berzikir, umat Islam sama sekali dibolehkan untuk menggerakkan badan supaya menjadi lebih bersemangat.

Sebab itulah ketika sedang asyik berzikir, kita akan lihat ramai yang akan menggerakkan kepala ke hadapan dan belakang atau menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan ketika melaksanakan ibadah itu.

Gambar sekadar hiasan

Malah, dalam keadaan berdiri, duduk, baring juga boleh berzikir dan tiada larangan ke atas cara sebegitu tetapi perlu ada ‘hadnya’.

Dalam isu ini, apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit sama sekali menyimpang dari ajaran Islam dan boleh menggugat akidah seperti yang telah diperkatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Bagaimanapun, ada pula ugamawan lain berpendapat cara zikir seperti itu tidak menjadi masalah sekiranya ia dilakukan perseorangan.

Apa yang menjadi kesalahan, apabila ia dilakukan di hadapan atau bersama-sama orang ramai kerana perbuatan itu sama sekali dibimbangi menjadi ikutan kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam.

 

Umat Islam Perlu Sentiasa Berwaspada

Apa yang pasti, umat Islam pada hari ini perlu sentiasa beringat bahawa berzikir itu bukan untuk melalaikan kerana kadang kala zikir yang tidak kena caranya itu boleh menjadikan kita lalai daripada perkara sebenar yang perlu difikirkan.

Sumber: SUARA TV

Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini, banyak kemunculan ajaran sesat seperti Syiah, Ayah Pin, Al-Arqam, Nasrul Haq dan pelbagai nama lagi berlaku di negara kita.

Sebagai umat Islam, kita sama sekali perlu berhati-hati dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan ajaran yang menyimpang dari Islam bagi membendung fahaman sebegini menular dalam kalangan masyarakat.

 

Kejadian Yang Pernah Berlaku

Sumber: Youtube

Pada tahun 2015, budaya berzikir seperti ini dalam keadaan menari pernah menjadi tular di mana Jemaah pelbagai umur berzikir sambil menari dan menganggukkan kepala di sebuah masjid di Pahang.

Bagaimanapun, oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau mengikut cara tersebut kerana budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah berzikir sambil berdiri ini dilihat bercanggah dengan ajaran Islam?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN