Pada pengumuman belanjawan 2020 dibentangkan Jumaat lalu di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperluaskan perlindungan kepada pekerja kontrak di bawah kontrak untuk perkhidmatan dan profesional.

Sumber: Parlimen

Sebagai permulaan, skim itu akan dijalankan secara sukarela bagi pekerja dalam industri seni dan hiburan melalui kerjasama antara KWSP dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi kurang senang dengan belanjawan yang dibentangkan itu.

Pengiat Seni Terus Dipinggirkan Kerajaan

Zed Zaidi menyatakan belanjawan tersebut menunjukkan golongan artis atau seniman terus terpinggir.

Sumber: Swasta

Isu KWSP sudah lama diwujudkan oleh penggiat seni , namun apa yang mereka harapkan adalah lebih daripada itu.

Memetik Malaysiakini, Zed Zaidi menyifatkan belanjawan kali ini sebagai belanjawan paling kelakar. Sepatutnya Belanjawan 2020 cerita pasal peruntukan lebih besar.

Apa yang diumumkan menteri kewangan itu tidak memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi penggiat seni di negara ini.

Beri Peruntukkan Untuk Industri Kreatif

Zad Zaidi dalam pada itu menggesa kerajaan untuk mengagihkan peruntukan kepada industri kreatif agar ia boleh merangsang ekonomi melalui penghasilan filem, drama dan teater.

Sumber: Selongkar10

Memetik kenyataannya itu, jika langkah itu diambil pihak kerajaan keuntungan diperoleh daripada penjualan tiket filem digunakan membayar cukai, bila ada wang, penerbit boleh menjalankan program tanggungjawab sosial dan beri peluang pelajar jalankan latihan industri di syarikat mereka.

Malah melalui kaedah itu, peluang pekerjaan buat anak seni juga boleh terus diwujudkan sekaligus mengurangkan masalah pengangguran sedia ada.

Katanya, penggiat seni ketika ini sangat terbeban, jika mereka tiada peluang pekerjaan bagaimana hendak bayar KWSP seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan.

Jangan Lebihkan Industri Barat Dan K-Pop Sahaja

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez berkata, kerajaan perlu  memikirkan mekanisme untuk membantu merancakkan industri muzik dan bukannya berharap pada industri barat atau K-pop.

Sumber: Trinbunnews

Katanya, ramai syarikat rakaman pada masa kini tidak yakin dengan pulangan bakal diterima, menyebabkan mereka tidak mahu melabur untuk mengasah atau menerima bakat baru sebagai artis di bawah naungan mereka.

Sumber: Yahoo Lifestyle Singapore

Malah, artis baru terpaksa melabur sendiri bakat mereka untuk berada dalam industri muzik hari ini. Diharapkan kerajaan di masa akan datang dapat mempergiat usaha untuk merancakkan industri muzik yang semakin suram.

“Lebih Baik Beri Pada Petani, Nelayan, Asnaf Dan Lain-Lain”

Berhubung kenyataan Zed Zaidi, rata-rata netizen menemplak permintaannya yang mahukan kerajaan menghulurkan belanjawan yang lebih besar kepada penggiat seni.

Mereka menyatakan ada sebab kenapa kerajaan tidak memfokuskan kepada penggiat seni kerana lebih ramai lagi yang mengharapakan bantuan  daripada kerajaan.

Sumber: FB Malaysiakini

Berapa ribu nelayan, petani dan rakyat marhaen yang masih memerlukan peruntukkan dalam belanjawan kali ini. Mereka inilah penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Hasil yang mereka proses akan dieksport ke negara luar dan sebagainya. Malah hasil bumi kita juga jika baik dapat menarik lebih ramai pelabur.

Fokus kerajaan pada hari ini untuk mengurangkan pembaziran, tidak seperti zaman pemerintahan Umno BN kalau bab hiburan memang nombor satu fokus mereka.

“Ada Pun Takpa, Takda Pun Takpa”

Namun, sebilangan besar netizen pula menganggap hiburan di Malaysia ini tidak perlu pun tidak apa kerana kebanyakkan jalan cerita drama dan filem pun diadaptasi dari novel sahaja. Tak ada idea baru pun yang dibuat, jadi lebih baik tak ada pun tidak mengapa.

Sumber: Malaysiakini

Kalau tak ada hiburan langsung bosan pula nanti kan? Sebenarnya perlu seimbang, ramai artis di negara ini berniaga sendiri dan hasilkan produk makanan, kosmetik dan sebagainya.

Mereka gunakan nama mereka sebagai pelaris produk, itu antara langkah masa hadapan yang dilakukan kebanyakkan artis di negara ini dan ia sebenarnya bagus untuk ekonomi negara, mereka juga dapat tarik kuasa beli rakyat, bila untung bolehlah bayar cukai kan?

“Jalan Cerita Drama Dan Filem Perlu Lebih Menarik”

Tidak dapat dinafikan filem-filem barat lebih menarik minat orang Malaysia kerana jalan cerita yang lebih realistik dan gempak. Tambahan pula suntingan sesuatu filem itu sangat menarik.

Sekarang ini pula, timbul demam k-pop dikalangan anak-anak gadis di negara ini dan ia fenomena yang sangat luar biasa apabila mereka sanggup berhabis wang untuk melihat konsert-konsert yang diadakan.

Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mahu drama serta filem yang dihasilkan itu menepati citarasa mereka dan bukannya pakai tangkap muat sahaja. Tidak dikatakan semua drama dan filem Malaysia tak bagus, ada sahaja drama yang dihasilkan mendapat rating yang tinggi dan disukai, tetapi tidak banyak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju dengan tuntutan Zed Zaidi ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN