Setelah enam bulan berehat, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkn kembali menyambung tugas sebagai presiden Umno bermula semalam.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk, Perak semalam.

Sumber : Facebook Zahid Hamidi

Beberapa bulan selepas Pilihanraya Umum ke-14, Zahid telah menyerahkan tugas presidennya kepada timbalannya Mohamad Hasan untuk ‘bercuti’  ekoran desakan agar beliau meletakkan jawatan.

Sumber : MyKMU

Ketika itu beberapa anggota parlimen Umno bertindak keluar parti serta kritikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya.

Dengan kembalinya Zahid di dalam UMNO , adakah ia berisiko akan berlaku pertembungan di dalam parti melayu itu?

 

Minta Pandangan MT

Beberapa jam sebelum pengumuman yang dilakukan Zahid, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berpendapat Zahid perlu meminta pandangan Majlis Tertinggi(MT) Umno terlebih dahulu untuk kembali menjawat jawatannya semula.

Sumber: Kosmo

Ini kerana katanya selama beberapa bulan termasuk tiga pilihan raya kecil (PRK) lepas, Umno menang di bawah pimpinan Mohamad Hassan dan MT dan tidak adil sekiranya mereka tidak memberi pendapat berhubung perkara ini.

Khairy berkata, keputusan Zahid memang sah dari segi perlembagaan tetapi dari segi moralnya perlu mendapat pandangan dari semua pihak.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata Zahid boleh kembali menerajui parti jika dia mahu biarpun tanpa persetujuan pihak lain, termasuk ahli MT.

 

Umno Akan Semakin Lemah?

Sumber : FMT

Mei lalu, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang menyatakan bantahan sekiranya Zahid kembali menjadi Presiden Umno.

Katanya, tindakan Zahid dan penyokongnya untuk kembali di dalam Umno bukan sesuatu yang baik untuk parti itu bangkit dan bergerak ke hadapan.

Ini kerana katanya terdapat golongan  beranggapan parti itu belum benar-benar berubah kerana masih mendokong pemimpin yang dituduh dengan pelbagai tuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Umno dilihat  dan dijangka akan terus lemah jika Zahid tidak berhenti atau bercuti ketika  berlaku kes lompat parti oleh sebahagian Ahli Parlimen dan ketua ketua bahagian parti itu.

Jelas Maulizan lagi, Umno dilihat stabil dan mula mendapat kembali keyakinan masyarakat khususnya orang Melayu di bawah kepimpinan Mohamad Hassan yang dilihat lebih diyakini dan bersih di mata masyarakat.

Untuk rekod, Zahid kini berhadapan dengan tuduhan rasuah dan sedang dibicarakan di mahkamah.

 

Umno Perlu Ambil Hati Rakyat

Umno seharusnya perlu mengambil hati golongan pertengahan, profesional dan atasan yang mahukan pemimpin parti yang mempunyai persepsi positif di mata mereka seperti latar belakang meyakinkan, sejarah kepimpinan yang tidak terlalu dilihat mengamalkan kronisme, tidak dilihat mengamalkan politik wang dan sebagainya.

Maulizan menambah, walaupun Zahid dipilih secara demokrasi tetapi apa yang berlaku selepas pemilihan Umno tidak membolehkan beliau terus menjadi pemimpin Umno yang berkesan.

Katanya, Umno sepatutnya harus terus diberi nafas baharu dan Zahid bukanlah orangnya.

 

Umno Sambut Baik

Walaubagaimanapun, keputusan Zahid kembali menjalankan tugas selaku Presiden mendapat sambutan baik dari Umno Kelantan dan Sabah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata beliau yakin keputusan berkenaan akan mempergiatkan lagi usaha dan gerak kerja memperkukuhkan parti termasuk kerjasama dengan PAS.

Sumber : FMT

Umno Kelantan yakin dengan sokongan dan kerjasama kalangan pemimpin di semua peringkat dan ahli parti, Umno akan menjadi parti yang kuat dan mendapat kepercayaan rakyat serta pengundi terbanyak.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pengumuman Ahmad Zahid untuk menamatkan tempoh bercuti, adalah satu langkah yang baik selaras dengan mandat yang diberi oleh perwakilan kepada beliau sebagai Presiden.

Umno Sabah berkeyakinan misi dan gerak kerja parti akan lebih diperkuatkan dengan keputusan terbaru ini.

 

Tutup Mulut Pihak Melagakan

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan turut menyambut baik keputusan Zahid untuk mengambil semula jawatan presiden.

Sumber: Malaysiakini

Katanya,  kepulangan Zahid dapat menutup mulut pihak yang menurutnya menjadi cuba melaga-lagakan kepimpinan parti Itu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata Zahid memang perlu menamatkan cutinya kerana Umno perlu diuruskan secara bersama dan dapat meneruskan agenda memperkasakan parti serta menyusun strategi menghadapi pilihan raya umum ke 15 (PRU).

Malah tegasnya, perkara ini tidak menjejaskan usaha yang telah dilakukannya untuk Umno, dan tidak tidak mengganggu proses penstrukturan semula parti yang dijalankannya.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan Zahid Hamidi kembali bertugas sebagai Presiden Umno akan membuatkan parti itu semakin goyah?
13 votes · 13 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN