Setelah sebulan lebih Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi berehat dari menjalankan tugasnya, akhirnya beliau memberi bayangan untuk kembali semula menerajui parti itu.

Sumber:UMNO Online

Zahid berkata demikian dalam satu forum bertajuk Kerjasama Umno dan Pas Sejauh Mana? di Dewam Utama Kompleks Umno Bagan Datuk semalam.

Selama beliau bercuti, tugasnya dipangku oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengemudi parti sebaik mungkin.

‘Persaraan’ sementara itu adalah disebabkan desakan akar umbi Umno sendiri yang mahu Zahid melepaskan jawatannya ekoran kes perbicaraan rasuah yang berlangsung di mahkamah.

Sumber:Astro Awani

Untuk pengetahuan, Zahid menghadapi menghadapi 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah, 27 pengubahan wang haram dan 8 pertuduhan rasuah.

Zahid Ikut Kasyaf Ulama

Menurut Zahid, beliau perlu kembali menjalankan tugasnya itu kerana merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku dalam negara.

Sumber:UMNO Online

Apa itu Kasyaf? Kasyaf bermaksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Al-Ghazali mengakui kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa, ia didapati melalui jalan takwa dan mujahadah, namun menurutnya tidak semua orang berjaya mendapatkannya.

Nampaknya Zahid lebih melihat perkara yang belum zahir dan membayangkan sesuatu yang mungkin akan berlaku atau mungkin tidak akan berlaku.

Lebih Ramai Akan Keluar Umno

Keputusan Zahid untuk kembali menjadi tunjang utama dalam parti tidak diterima rakyat dan juga ahli Umno sendiri.

Mungkin Zahid tahu tindaknannya itu bakal meranapkan parti atau beliau buat-buat tak tahu untuk kembali memangku tugasnya itu.

Sumber:Berita Harian

Semua tahu ramai ahli Umno keluar parti sebab kepimpinan Najib Razak dan Zahid sebagai pemimpin tertinggi parti terlibat dalam kes rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, penggubahan wang haram dan lain-lain yang berkaitan.

Sumber:Sokmo.Net

Mungkinkah tindakan Zahid kali ini membuatkan lebih ramai ahli Umno keluar parti? Atau adakah Zahid terlalu ego dan angkuh?

Tetapi tidak menolak kemungkinan kerjasama antara Umno Dan Pas membuatkan Zahid lebih kuat dan berkuasa.

Jelas Zahid kerjasama Umno dan PAS harus diterjemahkan sebagai satu “tahaluf siyasi” dalam erti kata yang sebenarnya.

Ia selaras dengan kehendak ahli dan penyokong parti itu di peringkat akar umbi. Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.

Zahid Ikut Lorong Tikus

Ramai yang tidak suka dengan kepimpinan Zahid dan kerjasama beliau dengan pemimpin Pas. Tetapi adakah ini jalan tikus yang terpaksa Zahid lalui untuk terus dilihat berkuasa walaupun hakikatnya sebaliknya.

Sumber:utusan.com.my

Umum tahu Umno dan Pas kini dilihat lebih baik bersama dan seiring  dalam menghentam kerajaan Pakatan Harapan. Apa-apa isu pun dibangkitkan bersama, umpama ‘awak tolong saya, saya tolong awak’. Bekemungkinan ada habuan masing-masing yang bakal diterima atas kerjasama ini.

Jangan pula berduyun-duyun keluar parti, yang ada pun tinggal sekerat sahaja. Cuma gabungan ini akan kuatkan kedua-dua parti, sebab Pas ahlinya lebih ramai berbanding Umno.

Umno Dan Pas Sudah Bersama Sebelum PRU-14 Lagi

Zahid  mendedahkan beberapa siri pertemuan telah diadakan antara pemimpin Umno dan Pas bagi membincangkan soal kerjasama antara dua parti itu sebelum pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Bagaimanapun kata Zahid, tiada keputusan dicapai dan Pas memilih untuk bersendirian.

Sumber:Malay Mail

Memetik Malaysiakini, Pas dan Umno menjalinkan kerjasama yang lebih serius selepas PRU14 apabila dua parti dominan orang Melayu itu memecahkan tradisi “permusuhannya” dengan membentuk kesepakatan politik.

Ia diterjemahkan dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) yang berlaku apabila BN tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi Pas, begitu juga Pas memberi laluan BN bertanding di kerusi yang dilihat memihak sekutunya itu.

Sumber:HarakahDaily

Terbaru dalam PRK Parlimen Cameron Highlands yang menyaksikan BN memenangi kerusi berkenaan dengan Pas turut membantu kempen.

Begitu juga dengan PRK DUN Semenyih akan akan berlangsung tidak lama lagi, Pas memberi laluan kepada BN bertanding di kerusi itu.

Sementara itu,  Zahid berkata jika Umno dan Pas mahu merampas kembali Putrajaya, mereka perlu ikhlas membuat keputusan secara bersama.

Zahid Bukan Lagi Ketua Pembangkang

Menurut Mohamad Hasan, BN akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan siapa bakal dilantik sebagai ketua pembangkang menggantikan Zahid.

Sumber:My KMU NeT

Menurut Mohamad Hasan, pertemuan tersebut akan diadakan secepat mungkin kerana Dewan Rakyat akan bersidang semula pada Mac ini.

Untuk rekod presiden Umno yang mengisi kekosongan Najib Razak selepas parti itu ditolak pengundi dalam PRU ke-14 lalu ialah  Zahid.

Anggota parlimen Bagan Datuk itu juga dilantik menjadi ketua pembangkang di parlimen. Bagaimanapun beberapa perkembangan dalaman Umno memaksa Ahmad Zahid bercuti dan tugasnya diserahkan kepada Mohamad yang juga timbalan presiden Umno pada Dis 2018.

Tempoh percutian Ahmad Zahid juga tidak ditetapkan pengakhirannya.

Tetapi diharapkan Mohamad Hasan perlu membuat keputusan yang bijak memilih ketua pembangkang bagi parti yang telah ditewaskan pada 9 Mei lalu.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah keputusan Zahid ini akan kukuhkan Umno atau sebaliknya?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN