Kecoh di media sosial apabila desas desus mengenai kenaikan yuran taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang dijangka meningkat antara 10 hingga 30 peratus berikutan kos penyelenggaraan dan penetapan gaji minimum tahun depan.

Kenaikan tersebut dijangka meningkat membabitkan kira-kira RM10 untuk pendaftaran dan RM50 untuk bayaran bulanan bagi ibu bapa yang menghantar anaknya ke pusat berkenaan.

Bagaimanapun, isu kenaikan yuran tersebut terus menjadi bualan hangat netizen terutama para ibu bapa yang mana rata-ratanya tidak setuju dengan kenaikan tersebut yang dilihat membebankan.

Tidak kurang juga yang bersetuju dengan kenaikan itu selepas melihat kepada kos meliputi bil air, elektrik, kos makanan berkhasiat, aktiviti untuk kanak-kanak serta perbelanjaan pentadbiran yang dilihat semakin meningkat tinggi saban tahun.

 

Yuran Taska Naik Kerana Kos Operasi Tinggi

Sumber: Kiddy123.com

Dengan pertambahan jumlah ibu yang bekerja terutamanya di pusat bandar seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang telah menyebabkan permintaan untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak atau taska semakin meningkat saban tahun.

Bukan itu sahaja, setiap tahun, pusat jagaan kanak-kanak dan taska pastinya akan menerima lebih banyak kanak-kanak berbanding tahun sebelumnya yang mana cabaran yang perlu dihadapi industri berkenaan juga pastinya akan meningkat.

Sumber: daddydian

Itu belum lagi diambil kira bayaran gaji pengasuh, sewa premis, makanan, kursus serta program yang memberi fokus kepada pengusaha serta pengendali taska mengikut keperluan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata (KAP) yang turut dikenakan bayaran tertentu.

Kini, apabila kerajaan memperuntukkan gaji minimum sebanyak RM1,100 di dalam Belanjawan 2019, maka gaji pengasuh juga perlu diambil kira di mana majikan juga perlu mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pekerjanya.

Dengan penetapan gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan ini pastinya satu berita baik buat pengasuh namun tidak bagi pihak majikan di mana mereka perlu menanggung pelbagai kos operasi yang tinggi.

Selain itu, selari dengan hasrat kerajaan yang kini mensasarkan tenaga pengajar taska perlu memiliki diploma, gaji diberikan kepada pekerja juga seharusnya meningkat dan bukannya gaji tahap pengasuh semata-mata.

Malah, bagi pengasuh yang sudah lama bekerja, majikan juga perlu menaikkan gaji mereka setanding dengan pengalamannya.

 

Ibu Bapa Terbeban Disebabkan Yuran Naik

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Walaupun yuran taska dijangka akan naik antara 10 hingga 30 peratus berikutan kos penyelenggaraan dan penetapan gaji minimum tahun depan, ibu bapa tidak perlu risau.

Memang tidak dinafikan apabila berlaku kenaikan, ramai ibu bapa akan mengeluh memandangkan mereka terpaksa membayar kos yuran tadika anak masing-masing yang dikatakan meningkat setiap tahun.

Itu belum lagi dengan mengambil kira bagi ibu bapa yang mempunyai anak ramai yang perlu dihantar ke pusat jagaan dan taska.

Namun, disebabkan tiada pilihan lain, ramai ibu bapa kini terpaksa juga membayar yuran tersebut bermula dari RM1,000 ke RM2,000 setahun bergantung kepada jumlah anak mereka yang dihantar ke industri berkenaan.

Pun begitu, pilihan tetap ada. Ibu bapa juga boleh memilih untuk menghantar anak-anak atau bayi mereka ke rumah pengasuh yang dikatakan lebih murah.

Namun, ibu bapa perlu diingatkan juga supaya tidak memandang remeh terhadap pemilihan taska atau pengasuh untuk menjaga anak-anak.

Tidak kira untuk meletakkan anak di mana-mana tempat jagaan sekalipun, ibu bapa perlu mencari pusat jagaan serta pengasuh yang berdaftar bagi mengelakkan kejadian seperti penderaan kanak-kanak tidak berperikemanusiaan berlaku.

Namun, apa pun alasannya, setiap ibu bapa pastinya mahu yang terbaik untuk anak mereka asalkan anak mereka itu mempunyai penjaga serta pengasuh yang boleh dijaga ketika mereka keluar bekerja.

 

Yuran Taska Mengikut Negeri

Tidak dinafikan yuran taska di setiap negeri adalah berbeza, namun yuran yang paling tinggi dikenakan terhadap taska yang berada di kawasan bandar.

Difahamkan, kadar bayaran dikenakan taska ketika ini antara RM150 hingga RM650, bergantung kepada lokasi taska dan usia kanak-kanak.

Di Kuala Lumpur misalnya, yuran bulanan dikatakan mencecah sekitar RM500 hingga RM600 sebulan dan bagi pusat jagaan swasta, ada juga yang mengenakan yuran kira-kira RM1,200 sebulan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah yuran taska dinaikkan berikutan kos penyelenggaraan dan penetapan gaji minimum tahun depan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN