Sumber: Malaysiakini

Di sebalik nama beliau yang kurang digemari ramai, ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Pertubuhan Pencegahan Jenayah Kebangsaan.

Surat perlantikan jawatan telah disampaikan oleh Presiden Pertubuhan Pencegahan Jenayah Kebangsaan, Alif Tafid baru-baru ini. Walau bagaimanapun, perlantikan beliau ke jawatan tersebut mengejutkan ramai pihak.

Perlantikan Mampu Pulihkan Nama YB

Berdasarkan laporan Sinar Harian, beliau yang juga merupakan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka berkata, perlantikan tersebut mampu memulihkan imej negatif dan tohmahan orang ramai terhadap dirinya.

Ini bermakna jawatan tersebut merupakan jawatan kedua yang disandang oleh beliau sebagai lantikan selepas dilantik sebagai Pengerusi Pengakap Negeri Melaka baru-baru ini. Tidak dapat dipastikan apakah kriteria utama pemilihan beliau ke kedua-dua jawatan tersebut.

Sumber: Harian Metro

Yang pasti, perlantikan ke jawatan tersebut merupakan cabaran buat dirinya. Ini kerana beliau perlu membuktikan bahawa dirinya bukan ‘YB Gangster’ seperti mana digelar oleh orang ramai. Mampukah beliau membuktikannya?

Respon Warga Maya

Bagi warga maya, ramai yang menganggap perlantikan tersebut sebagai sesuatu yang melucukan. Ini kerana, tindak-tanduk beliau yang kurang disenangi rakyat tidak memaparkan beliau layak untuk memegang jawatan-jawatan tersebut terutama Ahli Lembaga Penasihat. Ramai juga yang tertanya-tanya apakah justifikasi sebenar perlantikan tersebut?

Sumber: Facebook Sinar Harian

Bagi pengguna media sosial Facebook, Alfaqir Islam Ibnu Ahmad, beliau memberi analogi yang agak pedas, “Nak halau babi kena guna anjing”..

Manakala bagi Mohd Ismail, beliau memerli kata-kata Norhizam berdasarkan rakaman video yang tular pada tahun lalu, beliau berkata, “saya tidak mahu bercakap dengan orang tidak bersekolah.”

Lebih Ramai Kritik

Malah, berdasarkan komentar di Facebook, nada sindiran dan kritikan lebih banyak dipapar daripada nada yang agak positif. Ini bermakna, perlantikan beliau ke jawatan Ahli Lembaga Penasihat tidak merubah apa-apa pandangan orang ramai terhadap dirinya.

Norhizam merupakan seorang ahli politik yang mempunyai pendirian yang agak tegas dalam menyelesaikan pelbagai isu. Namun begitu, ketegasan yang dipaparkan sebelum ini ada kalanya dilihat biadap dan tidak kena pada tempatnya.

Tersebarnya beberapa video semenjak tahun lepas yang memaparkan aksinya menengking beberapa orang dengan menitipkan kata-kata yang kurang sopan membuatkan orang ramai berasa marah. Namun begitu, ada juga nilai positif di sebalik ketegasannya.

Sumber: Harian Metro

Beliau Memperjuangkan Nasib Nelayan

Beliau berjaya memperjuangkan nasib golongan nelayan yang terjejas ekoran kegiatan mengorek pasir. Beliau sendiri bertindak menghentikan serta-merta segala aktiviti mengorek pasir di kawasan Pantai Puteri oleh sebuah syarikat swasta sejak enam bulan yang lalu.

Ini kerana syarikat swasta tersebut telah menyalahgunakan permit mengorek pasir sehingga menyebabkan banyak sampah sarap di kawasan sungai berkenaan, malah pencemaran yang berlaku telah menjejaskan golongan nelayan bagi mendapatkan hasil.

Apa pun, dengan perlantikan jawatan tersebut adalah diharapkan agar beliau mampu menmulihkan nama beliau selaku ADUN yang dihirmati bukan lagi dengan gelaran ‘Yb Gangster’.

KATA ORANG

TWITTER

KATA ANDA

Wajarkah perlantikan tersebut ke atas dirinya?
25 votes · 25 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN