Sebelum ini, tular dakwaan yang mengatakan kerajaan mahu menggantikan penggunaan wang kertas RM50 kepada wang kertas RM60.

Sumber: Sinar Harian

Dakwaan yang tular itu bagaimanapun telah mencetuskan banyak tanda tanya dalam kalangan netizen di media sosial khususnya.

Sehinggakan ada yang sanggup pergi ke bank semata-mata untuk menukar wang kertas RM50 kepada RM60 sepertimana yang ditularkan.

Walhal, penukaran wang itu hanyalah khabar angin yang tidak berasas semata-mata.

Apa-apa pun, sebelum mempercayai sesuatu maklumat itu, orang ramai perlulah semak terlebih dahulu ya.

 

Tidak Akan Diganti!

Akibat penyebaran khabar angin yang tidak benar itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng tampil memberikan penjelasan sebenar.

Sumber: themalaysiantimes.com.my

Katanya, wang kertas RM50 tidak akan digantikan sepertimana yang tular dan orang ramai boleh menggunakannya dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu.

Difahamkan ketika ini, terdapat lebih 900 juta keping wang kertas RM50 yang beredar dalam ekonomi sepanjang tahun lalu.

 

Wang Kertas RM60 Wujud Tetapi Hanya Dicetak Terhad

Walaupun wang kertas RM50 tidak ditukar kepada RM60, namun wang kertas RM60 itu sememangnya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sejak tahun 2017 lagi sebenarnya BNM sudah menguar-uarkan mengenai wang kertas baharu RM60 ini kepada orang ramai.

Sumber: ISMAWeb

Namun mungkin, baru-baru ini sahaja orang ramai tahu mengenai perkara tersebut yang mana wang baru itu hanya dicetak terhad untuk meraikan ulang tahun ke-60 pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

Wang kertas RM60 yang dikeluarkan edisi khas itu adalah tender yang sah yang mana orang ramai yang berminat untuk membeli, tidak digalakkan untuk menggunakannya.

Sebaiknya simpan sebagai koleksi memandangkan hanya terdapat 60,000 keping sahaja yang dikeluarkan.

Dan selepas ini, tiada lagi penambahan wang kertas RM60 yang akan dikeluarkan kepada orang ramai.

 

Apa Yang Uniknya Mengenai Wang Kertas RM60?

Wang kertas RM60 ini sebenarnya bukan seperti wang biasa.

Sumber: Malaysian Coin

Malah, ia sebenarnya merupakan wang kertas peringatan yang terbesar di dunia!

Mana tidaknya, wang kertas ini dicetak dengan saiz 370 mm tinggi dan 220 mm lebar.

Selain itu, wang kertas ini juga direka berdasarkan ‘Raja Payung Kedaulatan Negara’ dan mempunyai ciri-ciri keselamatan lebih tinggi.

Untuk pengetahuan anda semua, wang kertas RM60 ini dicetak satu-satunya oleh BNM dengan menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih panjang.

Jika dilihat bahagian tengah wang tersebut, ia memaparkan singgahsana di-Raja yang dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari tahun 1957 sehingga kini.

Kemudian, reka bentuk hadapannya pula diilhamkan daripada lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja yang jelas sekali melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan.

Sumber: Astro Awani

Terdapat tiga jenis wang kertas peringatan yang ditawarkan meliputi wang kertas sekeping RM600 yang dijual pada harga RM1,700 sekeping; wang kertas bercantum 3 dalam 1 RM60 dengan nilai RM180 (harga jualan RM500) serta wang kertas sekeping RM60 (harga jualan RM120).

 

Berminat Untuk Membelinya?

Difahamkan, tempahan wang kertas peringatan ini sudahpun dibuat di dalam talian mulai 5 Januari 2018.

Namun, setiap pembeli hanya boleh membeli sekeping wang kertas RM600, satu set wang kertas bercantum 3 dalam 1 RM60 dan lima keping wang kertas RM60 bagi memberi peluang yang sama rata kepada semua orang.

Dan sekiranya jumlah tempahan ini melebihi jumlah yang ditawarkan, tempahan tersebut akan dilaksana melalui undian.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka yang menularkan maklumat salah di media sosial?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN