Sumber: Astro Awani

Mungkin ramai sering mendengar makanan-makanan tiruan yang berada di pasaran seperti beras tiruan, bihun tiruan, udang tiruan, kobis tiruan dan telur tiruan.

Namun, tidak ramai yang menyangka bahawa wujud cili plastik di pasaran negara. Kewujudan makanan-makanan tiruan dilihat semakin berleluasa dan menjadi ancaman kepada semua pihak.

Berlaku Di Lembah Klang

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh seorang pembeli yang bernama Zetty ketika dihubungi oleh mStar. Beliau membeli cili seperti kebiasaan di sebuah pasaraya di Lembah Klang. Kecurigaan beliau mula timbul setelah termakan cili plastik sehingga terlekat di tekak.

Menyedari hal berkenaan, beliau cuba menghiris cili lain yang dibelinya dengan menggunakan pisau. Secara kebiasaan, cili akan putus-putus dan rapuh ketika dihiris, namun apa yang terjadi cili plastik yang dipotong lebih keras dan melentik-lentik.

Sumber: Kosmo

Suri rumah yang berusia tersebut 48 tahun tersebut turut memuat naik rakaman video cili yang dibelinya di akaun media sosial sehingga menjadi tular.

Dicampur Dengan Cili Biasa

Disebabkan tiada perbezaan ketara secara fizikal berbanding cili biasa, cili plastik disyaki telah dicampur bersama-sama cili biasa bagi mengaburi mata pembeli.

Kewujudan cili plastik, yang dikhuatiri mengandungi elemen yang tidak sihat mampu memberikan ancaman kesihatan kepada semua pihak. Perkara ini sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius.

Harga Cili Semasa Jadi Punca

Kewujudan cili plastik mungkin disebabkan faktor harga cili pasaran yang mahal. Harga bekalan cili merah melambung naik hampir sebulan yang lalu. Ia ekoran musim kemarau yang berpanjangan melanda kebanyakan kawasan di seluruh negara menyebabkan pengeluaran bekalan tersebut terbantut.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, faktor penghasilan cili yang sudah di penghujung turut menjadi punca. Harga borong cili yang kebiasaannya RM 10 hingga RM15 sekilo naik sehingga RM20 sekilo.

Sumber: KPDNHEP

Penguatkuasa KPDNHEP Sedang Memantau

Ketika ini, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang melakukan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan yang ditimbulkan. Pihak penguatkuasa sedang memantau pasaraya yang menjual cili berkenaan.

Sekiranya dakwaan tersebut benar, pihak kementerian menerusi menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas ke atas peniaga yang menjual cili plastik.

Pernah Berlaku Di Terengganu

Berdasarkan carian di internet, isu cili plastik bukan perkara baru di Malaysia, malah pernah terjadi sebelum ini. Pada 28 Disember tahun lalu, isu cili plastik timbul di Kemaman, Terengganu, setelah seorang pembeli menyedari cili merah yang dibelinya tiruan apabila sukar dihiris dengan menggunakan pisau.

Kajian dan siasatan yang dilakukan oleh KPDNHEP pada tahun lalu juga mendapati bahawa bekalan cili plastik tersebut berasal daripada luar negara, dan bukan bekalan cili yang dicipta oleh orang termpatan. Apa yang merisaukan ialah ciri berkenaan disalui sejenis cecair bagi memastikan ia tahan lebih lama.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua cili plastik mempunyai persamaan, yang pasti sebagai pengguna, rakyat perlu melaporkan terus kepada pihak berkuasa sekiranya terbeli cili plastik di mana-mana pasaraya seluruh negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Siapakah yang perlu dipersalahkan berkenaan isu cili plastik?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN