Rakyat Malaysia sudah biasa dengan penggunaan istilah bangsa Johor untuk mereka yang berasal dari negeri itu.

Tetapi kali ini muncul pula istilah ‘bangsa Kedah’ untuk rakyat di negeri Kedah dan perkara ini telah menimbulkan reaksi kurang senang daripada rakyat Kedah berkenaan cadangan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang juga merangkap Pengerusi PKR Kedah itu.

sumber: astro awani

Menurut Johari, punca utama kekalutan yang sedang berlaku dalam masyarakat kini disebabkan terlalu taksub terhadap sentimen politik dan dengan wujudnya ‘bangsa Kedah’ ini mampu mengekalkan keharmonian pelbagai kaum di negeri Kedah.

Tambah Johari lagi, rakyat Kedah seharusnya mencontohi konsep bangsa Johor yang telah lama menjadi teras penting dalam penyatuan rakyat di negeri Johor itu.

 

Konsep ‘Bangsa Kedah’ Tidak Masuk Akal

Selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani berkenaan untuk wujudkan konsep ‘bangsa Kedah’ itu, rakyat Kedah terus menerus meluahkan rasa  tidak senang dengan apa ingin dibawa oleh Johari itu.

Perkara tersebut juga tidak disenangi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyatakan tiada keperluan untuk wujudkan bangsa khusus seperti ‘bangsa Kedah’ serta dikuatiri boleh mewujudkan semangat kenegerian yang melampau.

sumber: thesundaily

Tambahnya lagi, dalam sejarah negeri mahupun Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah tiada mengatakan tentang ‘bangsa Kedah’ dan tidak seperti perlembagaan negeri Johor, yang memang ada disebut tentang bangsa Johors.

Sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, persoalan yang timbul ialah adakah perpaduan semakin baik atau bertambah buruk?

Hal ini disebabkan oleh PH gagal dalam mengawal beberapa isu yang boleh dikatakan agak sensitif sehingga menyebabkan jurang pemisahan antara kaum berlaku pada ketika ini.

Perpecahan antara kaum kini sememangnya semakin membesar yang dapat dilihat menerusi komen-komen dalam media sosial terhadap sesuatu isu yang timbul.

 

Konsep ‘Bangsa Kedah’ Cuma Contoh Sahaja

Sedang mereka meluahkan rasa tidak senang dengan kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani itu, Johari menjelaskan semula bahawa istilah tersebut tidak semestinya digunakan namun sekadar panduan kepada rakyat Kedah sahaja dalam mencontohi konsep “bangsa Johor’ yang diamalkan sejak sekian lama.

Johari juga memberikan contoh negeri Johor, di mana rakyat Johor yang sanggup melaungkan perkataan bangsa Johor dan menunjukkan semangat nasionalisme yang menyatukan masyarakat perlu rakyat negeri Kedah ikuti.

Oleh itu, Johari meminta rakyat Kedah bersatu padu dengan mewujudkan konsep seperti ‘bangsa Kedah’ bagi mengetepikan pertelingkahan politik untuk bersama-sama membangunkan Kedah menjadi sebuah negeri maju.

Namun adakah keharmonian masyarakat dapat diwujudkan dengan adanya konsep ‘bangsa Kedah’ ini?

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah perpaduan rakyat itu boleh dicapai hanya dengan mewujudkan konsep Bangsa?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN