Pelbagai punca menarik wanita untuk menjaja tubuh antaranya adalah faktor kewangan, masalah perceraian, isu kekeluargaan dan menjadi mangsa tipu kepada sindiket pelacuran semakin berleluasa.

Alasan paling tinggi diberikan pekerja seksual adalah kerana mereka mahu keluar daripada kesempitan hidup.

Sumber:Warta Kota

Ramai wanita dan remaja menjadi pelacur kerana mereka mahukan pendapatan yang cepat dan lumayan tanpa perlu kerja keras. Dengan hanya melayan nafsu lelaki untuk satu malam, mereka sudah mampu menjana pendapatan ribuan ringgit.

 

RM24,000 Untuk Satu Malam

Artis Indonesia Vanessa Angel mengenakan bayaran sebanyak Rp 80 juta (kira-kira RM24,000) untuk sekali ‘layanan’.

Sumber:Bisnis Tempo.co

Sebelum ini, media juga banyak melaporkan mengenai artis di negara jiran ini yang melakukan hubungan seks demi melepaskan diri dari kesempitan hidup dan ada antara mereka kini hidup dalam serba kemewahan.

Antaranya, penyanyi dangdut Indonesia, Hesty Aryatura atau dikenali sebagai Hesty ‘klepek-klepek’ disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran kelas atasan.

Sumber:Tribun Sumsel – Tribunnews.com

Hesty dikatakan mengenakan bayaran sebanyak Rp100 juta (RM 31,261) oleh seorang bapa ayam untuk melayan pelanggannya.

 

Melacur Untuk Bayar Rumah Dan Kereta

Ekoran dihimpit hutang keliling pinggang, Vanessa melakukan aktiviti pelacuran dalam talian.

Vanessa terbabit dalam aktiviti berkenaan kerana mahu membayar wang ansuran kereta dan rumahnya.

Sumber:CNN Indonesia

Vanessa antara yang paling aktif meminta dicarikan pelanggan dengan alasan untuk melunaskan ansuran hutangnya itu.

Bagaimanapun, Vanessa dan artis Indonesia yang terlibat dalam aktiviti pelacuran itu ditahan pihak polis Indonesia dan dikenakan hukuman.

 

Pihak Berkuasa Malaysia Perlu Lakukan Tindakan Serupa

Rata-rata rakyat Malaysia menyokong tindakan pihak berkuasa Indonesia yang menahan artis terkenal serta beberapa golongan ternama yang melakukan kegiatan terkutuk itu.

Mereka mahu pihak berkuasa Malaysia melakukan tindakan serupa dengan menahan mana-mana orang ternama yang terlibat dalam aktiviti tersebut walaupun melakukan hubungan sejenis.

Mereka merujuk beberapa isu yang tular mengenai video seks menteri dengan seorang lelaki dan juga kes-kes lain yang berkaitan.

Mungkin itu hanya pandangan rakyat Malaysia yang tidak mahu negara ini dicemari dengan fitnah yang tidak membangunkan negara.

 

Malaysia Tercalon Mempunyai Jumlah Pelacur Yang Tinggi

Perkara ini telah didedahkan oleh laman web liveandinvestoverseas.com pada tahun 2014, iaitu sebuah laman web peneliti industri pelancongan yang dikarang oleh Denis Foynes.

Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara Islam, ia tidak menghalang negara ini dari memiliki jumlah pelacur yang agak ramai.

Sumber:Free Malaysia Today

Sekitar 52 orang dari 10 ribu penduduk dengan populasi sebanyak 30 juta orang telah membuatkan negara ini memiliki jumlah pelacur seramai 156 ribu orang.

Bahkan, Amerika Syarikat juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara dalam daftar hitam perdagangan manusia dan pelanggaran hak asasi manusia dengan kekerasan. Di negara ini juga didapati terdapat berlakunya pelacuran kanak-kanak.

 

Indonesia Juga Wujud Industri Pelacuran

Pada tahun 2016, sekumpulan penyelidik aktiviti pasaran gelap, Havocsope mengumpulkan data mengenai negara yang banyak melanggan pelacur pada setiap tahun.

Seperti yang dilaporkan oleh DW.com, kajian ini dilaporkan menggunakan data daripada program kesihatan awam, penguatkuasaan undang-undang, dan media.

Indonesia ditangga yang ke-12 dalam penyelidikan itu, di mana aktiviti pelacuran dilakukan dalam pasaran gelap.

Sumber:Hipwee

Dianggap sebagai kejahatan moral, kegiatan pelacuran di Indonesia tersebar luas dan diatur.

Unicef ​​menganggarkan bahawa 30 peratus pelacur wanita di Indonesia berusia di bawah 18 tahun dan golongan artis Indonesia juga antara individu yang juga bekerja dalam sektor pelacuran.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda sanggup melakukan kerja terkutuk demi kemewahan hidup?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN