Memiliki masalah rambut sehingga menjadikan seseorang itu botak mungkin akan memberikan rasa tertekan serta rasa kekurangan sehingga hilang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

Botak merupakan masalah alaf baru yang melibatkan lelaki dan juga wanita di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, dahulu masalah ini sering dikaitkan dengan golongan yang berusia namun kini ia dialami oleh semua golongan umur.

sumber: mipon

Jika di Jepun, mereka yang mengalami kepala botak ini merasakan ia sebagai suatu yang memalukan. Namun, mereka yang berkepala botak ini sememangnya  mempunyai pelbagai kelebihan.

 

Mendapat Pelbagai Diskaun

Di daerah Akasaka, Tokyo, Jepun, sebuah restoran khas untuk lelaki iaitu Otasuke Izakaya telah memberikan potongan harga kepada pelanggan botak. Menurut Vit Daily, pemilik restoran tersebut, Yoshiko Toyoda mendapat ilham tersebut bagi menghargai lelaki yang penat bekerja dengan memberi diskaun kepada pelanggan botak.

sumber: yahoo news

Selain itu, mereka yang berkepala botak ini boleh menikmati diskaun sebanyak 500 Yen jika menginap di Hotel Tetora, Jepun. Idea ini tercetus apabila pekerja kebersihan di hotel itu sering mengadu berkenaan masalah rambut yang menyebabkan saluran tersumbat dan mengambil keputusan untuk memberi tawaran tersebut.

sumber: tokyo creative

Jika anda memiliki kepala botak, anda berhak untuk mendapat potongan harga sebanyak 500 yen untuk setiap tempahan bilik memandangkan kos perbelanjaan di Jepun sangat tinggi dan menjadi kelebihan untuk berjimat ketika melancong ke sana.

 

Wanita Tertarik Kepada Lelaki Botak?

Benarkah dakwaan yang mengatakan seorang lelaki botak kelihatan lebih seksi dan lebih diminati wanita? Menurut laman glamlelaki.my, Jurnal Social Psychological and Personality Science telah mendedahkan bahawa wanita lebih tertarik kepada lelaki yang botak.

sumber: the bald gent

Hal ini turut disokong oleh kajian dari Albert E. Mannes di University of Pennsylvania yang telah menjalankan survey terhadap 25 orang wanita yang perlu memilih sama ada lelaki yang berambut atau botak berdasarkan gambar yang diberi.

Hasilnya, 15 daripada mereka memilih lelaki botak dan mengatakan mereka lebih sedap mata memandang dan lebih berkeyakinan tinggi. Selain itu, kajian dari jurnal tersebut turut menyatakan bahawa lelaki botak jauh lebih seksi, maskulin, kuat dan memiliki kepimpinan yang tinggi.

 

Sukan Khas Untuk Orang Botak

Secara kebiasaannya, mereka yang botak ini akan mengalami tahap keyakinan diri yang rendah apabila berhadapan dengan orang lain. Mereka akan lebih suka menggayakan topi di kepala dan akan sentiasa menutupnya daripada pandangan orang ramai.

sumber: sinar.my

Walaupun begitu, di Jepun telah memperkenalkan satu sukan khas untuk mereka yang berkepala botak ini. Menurut BBw News, pertandingan tarik tali khas itu telah dianjurkan oleh The Bald Men Club atau Kelab Lelaki Botak dan berjaya menarik penyertaan lebih 30 orang lelaki botak untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan tarik tali tersebut hanya menggunakan bahagian kepala peserta dan ia diadakan bagi menggalakkan orang ramai untuk memandang positif kepada lelaki botak. Jadi, berbanggalah dengan penampilan botak yang anda miliki ya…

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah lelaki botak kelihatan lebih seksi?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN