Tidak ada siapa menafikan kehebatan Amerika Syarikat hari ini. Negara kuasa dunia itu bukan sahaja menguasai ekonomi dunia, tetapi dalam masa yang sama berpengaruh dalam menentukan corak politik bagi satu-satu negara yang mereka mahukan. Boleh dikatakan agak mustahil bagi mana-mana negara menang berperang dengan Amerika Syarikat (AS).

Sumber: British Army

Namun begitu, tahukah Rumah Putih atau White House yang menjadi simbol kemegahan dan maruah AS pernah ditawan oleh British.

Bukan sahaja ditawan, bahkan segala-gala barangan yang terdapat di White House telah dibakar oleh pihak British.

Asal Usul White House

Menurut sumber, pada asalnya bangunan ini dinamakan sebagai President’s House yang didirikan sebagai kediaman rasmi presiden AS. Kediaman ini telah direka berbentukkan gaya neoklasik oleh seorang arkitek kelahiran Ireland yang bernama James Hoban.

Berdasarkan iluminasi.com, James telah memenangi pertandingan reka bentuk yang dianjurkan oleh pihak Kongress. Keunikan reka bentuk yang beliau hasilkan dikatakan mempunyai ciri-ciri Leinster House di Dublin menyebabkan beliau dilantik sebagai ketua bagi memantau pembinaan White House.

Sumber: Macleans.ca

Kerja-kerja pembinaan telah dilakukan antara 1793 hingga 1800 dengan harga $232,372 bersamaan $100 juta pada hari ini.

Dibakar British 1814

Memetik laporan Liputan6.com, White House dan seluruh bangunan di Washington dibakar oleh tentera British pada tahun 1814. Kekuatan AS pada ketika itu tidaklah sekuat seperti hari ini. Bagaimana mungkin negara seperti AS mampu menewaskan armada tentera British yang sangat terlatih dalam peperangan di seluruh pelosok dunia.

Pembakaran White House oleh pihak Inggeris dilakukan sebagai simbolik tindak balas terhadap AS yang menyerang tanah jajahan British di York, Ontario, Kanada pada Jun 1812. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan bangunan di Washington terjejas teruk disebabkan kebakaran. Sehinggakan banyak bangunan terpaksa dirobohkan dan dibina semula, tetapi tidak bagi White House.

Memandangkan White House merupakan simbol kemegahan Amerika Syarikat dan menjadi kediaman rasmi pemerintah negara, maka proses-proses rekonstruksi dilakukan. Seusai proses-proses rekonstruksi, kediaman ini kembali diduduki oleh Presiden AS yang berikutnya iaitu James Monroe pada tahun 1817.

Sumber: White House.Gov

Antara Mitos Atau Maruah?

Mungkin ramai juga tertanya-tanya kenapa namanya ditukar kepada White House dan bukan lagi President’s House. Terdapat mitos yang mendakwa, bangunan ini dicat putih bagi tujuan menutup maruah AS yang tercalar akibat peperangan dengan British yang menyebabkan bangunan ini dibakar. Begitu juga dengan nama President’s House yang ditukar kepada White House pada tahun 1901 oleh Presiden Theodore Roosevelt.

Tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan tersebut benar ataupun tidak. Yang pasti pembinaan White House pada asalnya memang berwarna putih, dan warna tersebut terus menjadi tema White House. Untuk memastikan cat berwarna putih kekal lama, pada tahun 1818 White House telah dicat menggunakan cat putih berasaskan plumbum.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda tahu tentang kisah ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN