Sejak tahun 2014, kumpulan whatsapp khas antara guru sekolah dan ibubapa mula rancak dijalankan. Hampir setiap sekolah menjalankan sistem ini bagi setiap kelas dan diuruskan oleh guru yang mengendalikan kelas berkenaan.
Walaupun ia tidak menerima sokongan penuh daripada pihak guru-guru kelas, namun desakan ibubapa yang tinggi bagi membolehkan mereka mengikuti perkembangan anak-anak mereka membuatkan guru-guru tersebut terpaksa aku dengan permintaan ibubapa.
Guru- guru dulunya bekerja mendidik anak-anak murid disekolah namun sekarang ada sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya memanipulasi kewujudan ‘whatsapp group’ ini dan menganggu guru-guru tersebut di luar waktu pejabat.
Kebaikan dan Keburukan
Banyak cerita-cerita samada ada dari pihak guru atau ibubapa yang kita dapat dengar berkaitan isu ini. Dalam melihat kebaikannya, isu ini turut menimbulkan kesan buruk terutamanya bagi pihak guru.
Rata-rata mengatakan bahawa fungsi “whatsapp group’ tersebut disalah guna oleh sesetengah ibubapa dan mengharapkan laporan tentang anak-anak mereka hampir setiap masa.
Melalui gambar perbualan yang dikongsi di laman sosial ini jelas menunjukkan seolah-olah setiap tindak tanduk guru itu haruslah memenuhi kehendak ibubapa pelajar.
Sedangkan mereka selayakanya menjalankan tugas sebagai pendidik tanpa perlu memikirkan hal-hal yang tidak berkaitan asalkan tidak menyalahi undang-undang dan ikrar guru.
Sikap Bertanggungjawab dan Disiplin Anak-Anak Tidak Dapat Dibentuk
Melalui gambar ini pula dapat kita lihat seolah-olah tanggungjawab yang diberikan kepada anak diambil alih oleh ibu bapa sampaikan persiapan sekolah pun disediakan oleh ibu bapa.
Setiap arahan yang diberikan guru ketika sesi pembelajaran seperti di ambil ringan oleh para pelajar. Sampaikan hal-hal kerja sekolah pun ibu bapa yang kena uruskan.
Amalan ini amat tidak sihat dan tidak membantu dalam membentu sikap tanggungjawab dalam diri pelajar.
Sering Salah Guna Platform Dan Keluar Topik Utama
“Whatsapp Group” tersebut juga sering disalah guna bagi tujuan-tujuan yang tidak berkaitan contohnya ada setengah ibubapa yang mengambil kesempatan untuk mempromosi barang-barang jualan mereka.
Selain itu, ada sesetengah ibubapa yang lancang dalam berkata-kata dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada guru anak-anak mereka.
Fahamilah Tugas Guru
Mengalaskan tanggungjawab sebagai guru bukanlah mudah, melayan karenah pelajar yang bermacam ragam, aktiviti sekolah yang pelbagai, dan ditambah pula kumpulan whatsapp yang perlu dikendalikan.
Kepada ibubapa, adalah penting untuk kita bertolak ansur dalam hal-hal persekolahan anak-anak dan jangan menimbulkan isu-isu yang tidak relevan yang boleh menyukarkan seorang guru untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
KATA ORANG
Group whatsapp kelas Adrian jadi tempat berdebat kes isu cikgu tampar murid. Hahaha. Malas campur. Kalau leave group kang nampak kurang ajar plak. Sbb kelas dah habis. Next year group baru.
— fendyzaidan (@fendyzaidan) December 19, 2017
Tadi baca post fb, screenshot whatsapp pasal isu ni, back up cikgu tu jugaklah. Then dia selitkan gambar murid pempuan dgn baju seksi...
— Bane _____________________________________________ (@Fnd_Schyzo) February 19, 2017
Klu jadi cikgu hensem/cantik cnfrm ramai anak murid nk try. Text tgh malam acah2 tanya soalan isu pelajaran. Dunia maju, whatsapp ade.
— Tengku M. Izzuddin (@Tengku_Izzuddin) September 2, 2015
Sebab mak aku cikgu even bkn cikgu sek rendah. Bz gila WhatsApp dia semalam dengan group cikgu cikgu dia tu dengan isu upsr
— “nekoN3k0” (@sarakuroneko) September 12, 2014