Kelahiran normal mahupun secara pembedahan adalah dua metod yang sering menjadi pilihan para doktor dan ibu hamil itu sendiri kerana itu adalah dua kaedah yang sering digunakan di Malaysia.

Namun kini kaedah kelahiran di dalam air ataupun lebih dikenali sebagai ‘waterbirth’ mula diaplikasi secara meluas di luar negara dan hanya sesetengah hospital swasta di Malaysia pernah menyediakan khidmat kelahiran ini bagi memberi pengalaman kelahiran yang berbeza dan unik bagi para ibu. 

Walaubagaimanapun,  di Malaysia ianya telah diharamkan untuk dipraktikkan kerana tiada kajian yang kukuh bagi membukitkan ia selamat untuk dijalankan di Malaysia.

Bagaimana Idea Waterbirth Diperolehi? 

‘Waterbirth’ mula diperkenalkan di Perancis sekitar tahun 1803 oleh seorang ahli fizik yang terfikir  untuk mencadangkan seorang wanita yang telah mengharungi 48 jam sakit bersalin tanpa sebarang kemajuan untuk mandi dan merendamkan dirinya di dalam tab air.

Dan ajaibnya selepas 15 minit, wanita itu selamat melahirkan seorang bayi tanpa sebaran rasa sakit mahupun komplikasi.

Dari situ kelahiran di dalam air mula diperluas dan menerima permintaan yang banyak oleh ibu hamil di seluruh dunia kerana dikatakan lebih menenangkan dan dapat mengurangkan kesakitan kontraksi.

Malah hospital dan bidan terlatih di luar negara  ramai yang menyokong kelahiran sebegini kerana percaya akan manfaat yang dapat disalurkan kepada bayi dan ibu itu sendiri.

 

Kebaikan ‘Waterbirth’ Untuk Ibu

Bagi si ibu, merendamkan badan mereka di dalam air suam ketika sedang melayan sakit kontraksi dipercayai dapat membuat mereka berasa lebih selesa dan tenang.

Malah menurut Dr Tharmaseelan, bekas presiden Persatuan Perubatan  Malaysia, kelahiran di dalam air mampu mengurangkan tempoh bersalin dan mengurangkan luka mahupun koyakan dibahagian vagina dan perinium.

Ibu-ibu yang pernah melahirkan pasti tahu betapa sakitnya melalui proses bersalin, dan tanpa sokongan yang betul pasti ianya akan menyukarkan proses tersebut untuk dilalui si ibu.

 

Kondisi Yang Tidak Digalakkan Untuk ‘Waterbirth’

Di Malaysia terdapat pelbagai perdebatan yang berlaku antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan doktor-doktor pakar tentang kebaikan dan keburukan dalam mengamalkan ‘waterbirth’ di Malaysia.

Walaupun ia pernah dipraktikkan di Malaysia, namun ianya telah dilarang dari diteruskan dengan alasan kurang  bukti spesifik bahawa ia merupakan pilihan yang lebih baik daripada bersalin secara tradisional.

Dan memang benar, bukan semua ibu hamil boleh melalui proses kelahiran secara ‘waterbirth’.

Ada beberapa kondisi yang tidak membolehkan si ibu memilih kelahiran sebegini seperti jika ibu mempunyai jangkitan herpes, hamil kembar atau lebih, bayi songsang mahupun melahirkan sebelum usia matang.

Ini kerana ada kemungkinan untuk mendapat komplikasi semasa mahupun selepas adalah tinggi malah boleh menyebabkan kematian kedua-dua ibu dan bayi yang dikandung.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika diberi pilihan, mahukah melahirkan anak melalui kaedah ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN