Sekarang ini banyak kes yang kita dengar pasal suami isteri yang bergaduh sehingga ingin membunuh diri. Ada yang sampai melibatkan anak-anak untuk bunuh diri.
Ada satu kes di negara jiran, Indonesia, seorang isteri nekad membunuh diri dengan menggantung dirinya gara-gara dimarahi suaminya akibat terlalu kerap bermain Facebook.
Akibat terlalu sedih, mangsa Arniati, 23 tahun ditemui mati tergantung di bilik tidurnya di sebuah rumah di Sungai Paret, Penajam Paser Utara di Kalimantan Timur pada 7 Februari lalu.
Jurucakap polis, Iptu Iswanto berkata, sebelum kejadian itu Arniati dilaporkan bertengkar dengan suaminya, Sujaedi selepas lelaki itu memarahi dan melarangnya terlalu kerap melayari Facebook.
Kerana pertengkaran itu, pasangan berkenaan dilaporkan tidak bercakap selama beberapa hari.
Sempat Muatnaik Status
Sebelum ditemui mati, Arniati sempat memuat naik status di aplikasi WhatsApp dengan memberitahu dia mahu membunuh diri dan meminta maaf kepada keluarganya.
Sujaedi berkata, dia sempat membaca status di WhatsApp Arniati tetapi dia tidak terfikir isterinya sanggup membunuh diri.
Suami jangan fikir selepas memarahi isteri anda , dia akan baik. Isteri akan berdiam diri untuk suaminya pujuk, bukan susah pun nak pujuk. Tanyalah isteri anda, sudah makan ke? Buat apa hari ini? Sihat ke? Senang bukan.
Perlu ada komunikasi daripada pihak suami terlebih dahulu. Isteri pasti akan lembut hati. Jika suami terlalu ego, inilah padahnya. Terima jenazah isteri anda.
Kemurungan Senyum
Pelik bukan ada juga kemurungan senyum. Ya, memang ada dan anda perlu ketahuinya. Dan ia sangat berbahaya!
Orang yang menghidap ‘kemurungan senyum’ tidak menunjukan tanda-tanda kemurungan langsung.
Sebaliknya, mereka akan sentiasa tersenyum dan ceria. Betul-betul seperti kata-kata “senyum dalam duka”.
Seperti masalah kemurungan biasa, kemurungan senyum juga tidak mengenal mangsanya.
Sesiapa sahaja boleh menghidapinya tidak kira umur, juga darjat. Malah, orang yang menghidapnya mungkin tidak sedar dia mempunyai kemurungan ini.
Tiada Tanda-Tanda
Tidak seperti kemurungan biasa, kemurungan senyum tiada tanda awal yang ketara.
Orang yang menghidapnya boleh sentiasa tersenyum dan langsung tidak rasa tertekan. Malah mereka sendiri akan menafikan yang mereka mempunyai masalah kemurungan.
Salah satu ‘tanda’ kemurungan senyum yang ketara ialah, bunuh diri.
Banyak kes seperti ini berlaku dalam negara dan juga luar negara, mereka berpura-pura nampak seperti biasa, bahagia, tiada masalah. Tetapi akhirnya ada kes bunuh diri dan anda tidak menyangka pun ia boleh berlaku.
Ya secara tiba-tiba, dan inilah salah satu contoh kesan kemurungan senyum yang bahaya.
KATA ORANG
Ramai kawan2 aku yang suami isteri PJJ. Sorang kat KL sorang kat Sarawak. Tapi takde pulak diaorang bunuh diri. Sebenarnya hati kena kuat. Semangat kena kuat. Takde kerja dalam dunia ni yang tak stress. Jadikan sthing motivasi utk dtg keje. 💪
— Nurul Adira Mohamad (@NurulAdiraMohd) January 29, 2019
aku tanya dlm banyk2 perempuan mana b sayang? haahaa dy jawab mest la sayang 😇😇 isteri b adoii aku tnya masa tgh bercinta sbb ada sorang pmpuan dok kongkong dy tu masa depa gaduh am penah nk bunuh diri 🤣🤣🤣🤣🤣🙄
— Kaktusmerah (@hasnidarosly1) February 7, 2019
aku baca berita org nih gantung diri sebab laki dia marah dia main fb jekk hmmm
— D I Y A N A🎐 (@diyanadino) February 15, 2019
Ada jugak cara lain yg dorg buat diri dorg terseksa. Dorg telan ubat byk2, telan benda yg boleh buat dorg tercekik, hidu asap/gas dan paling drastik gantung diri. Cara2 tu dorg seksa diri tapi x terasa panjangnya kesakitan tu & terus je mati.
— Mr Shom 梅魅嘉 (@Mag_JrShomei) February 15, 2019