Menjadi seorang wartawan bukanlah kerjaya yang ‘glamour’ tetapi banyak keperitan dan suka duka yang hanya diketahui oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang ini yang perlu dilalui.

Sumber: Rencongpost.com

Pengalaman dihalau, dimarah atau berdepan dengan situasi genting seperti liputan di medan perang dan malapetaka atau di lokasi jenayah antara ribuan kisah duka wartawan yang kurang diketahui umum.

Malah, diancam bunuh antara cabaran kepada seorang wartawan. Ia bukan perkara yang mudah untuk mereka yang bergelar seorang wartawan. Liputan berita perlu disampaikan kepada masyarakat walau apa jua cabarannya.

 

Wartawan Diugut Bunuh Melalui Emel

Terbaru, seorang wartawan wanita Berita Harian (BH) menerima ugutan bunuh berikutan satu laporan pendedahan yang dibuat akhbar ini beberapa hari lalu.

Sumber: NTH Qibord

Pendedahan yang dilakukan oleh pengurusan BH melalui Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, ugutan yang diterima adalah menerusi emel wartawan wanita berkenaan.

Ini bukan kes pertama kali berlaku terhadap wartawan, di mana sebelum ini wartawan Charles Mohan yang pernah berkhidmat selama 17 tahun di stesen televisyen ntv7 pernah menerima ugutan bunuh sebanyak dua kali.

Sumber: PIcdeer

Beliau mendedahkan isu kisah Pelacur Bermaharajalela. Kedua ketika beliau membuat pendedahan salah guna dana untuk pembinaan tapak badminton oleh salah sebuah sekolah di Klang.

Bukan senang untuk menjadi seorang wartawan, ramai orang ingat wartawan ini kerjanya mudah dan hanya menyampaikan berita sedangkan mereka juga perlu menempuh saat genting untuk menulis satu berita.

 

Wartawan Berhak ‘Memburu’ Kebenaran

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mengutuk tindakan pihak yang cuba menakut-nakutkan wartawan yang mendedahkan perkara yang benar.

Sumber:malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com

Menurut Setiausaha Agung (NUJ), Chin Sung Chew, tindakan sedemikian yang boleh didakwa sebagai kesalahan ugutan jenayah mengikut peruntukan undang-undang di negara ini.

Jika tidak berpuas hati atau merasakan berita yang didedahkan itu tidak benar, ada saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan bukannya dengan mengungut seperti ini.

Sumber:osolihin.wordpress.com

Ini tindakan bacul daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Wartawan turut mempunyai hak untuk ‘memburu’ kebenaran menerusi penyiaran artikel berkaitan.

Sebenarnya tidak ada pihak yang boleh menghalang golongan profesional berkenaan daripada menjalankan tugas dengan bertindak secara sesuka hati.

Bagaimanapun, pihak polis sudah mendapatkan kenyataan daripada wartawan terbabit dan akan menjalankan siasatan dan akan segera melakukan tangkapan.

 

“Polis Berpistol Pun Diugut, Inikan Wartawan Yang Senjatanya Hanya Pen”

Mengejutkan rakyat Malaysia apabila dilaporkan di media apabila seorang pegawai polis berpangkat inspektor serta keluarganya berdepan detik cemas selepas dikepung dan diugut sekumpulan lelaki ketika makan di tempat awam, dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Sumber: ISMAWeb

Rata-rata rakyat Malaysia berpendapat kejadian tersebut membuktikan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada di negara ini. Mereka langsung tidak takut untuk mengugut pihak berkuasa.

Memetik Berita Harian, sumber berkata, kumpulan kira-kira 10 orang lelaki itu turut membawa senjata tajam seperti pisau lipat, kerambit dan besi buku lima di gerai berkenaan sambil menuturkan kata-kata ugutan.

Sumber: CARI Infonet

Ini yang menggusarkan rakyat Malaysia apabila penjenayah-penjenayah sudah mula berani menakut-nakutkan pihak berkuasa. Begitulah juga yang berlaku kepada wartawan berkenaan.

 

“Malaysia Semakin Tidak Aman”

Ada antara mereka yang berpandangan bahawa Malaysia semakin tidak aman dan tenteram. Bagaimana pihak polis boleh menjaga masyarakat sedangkan kes polis berkenaan diugut hanya diklasifikasikan sebagai salah faham sahaja.

Polis adalah antara agensi keselamatan yang menjaga keselamatan rakyat tidak kira apa yang berkaku. Jika kes melibatkan penjenayah besar mereka bimbang kes akan ditutup begitu sahaja.

Tetapi, ada juga pihak yang berkata isu polis diugut dan diancam ini memang sudah lama berlaku ,cuma ia tidak diwar-warkan di media sahaja.

Apa-apa pun masyarakat jangan membuat spekulasi yang tidak benar, biarkan pihak polis menjalankan kerja mereka dengan sebaik mungkin.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN