Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub sebak membaca warkah yang ditulis oleh seorang petani yang dikenali sebagai Wak Ibas dalam satu majlis pelancaran hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Serdang.

Berdasarkan laporan Berita Harian, Wak Ibas atau nama sebenarnya Ibas Hamud, 77 tahun merupakan seorang petani warga emas dari Sungai Besar menulis sepucuk surat bagi menyampaikan keluk kesah golongan mereka kepada menteri.

Sumber: Msomelayu

Penyerahan surat tersebut merupakan sebahagian dari gimik perasmian majlis terbabit. Wak Ibas merupakan salah seorang anggota Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar.

Dengan nada tersekat-sekat, Salahuddin yang berada di atas pentas membacakan warkah tersebut kepada umum menyebabkan suasana hiba di kalangan hadirin yang seakan-akan merasai kesusahan golongan petani dan nelayan.

Rintihan Golongan Bawahan

Surat yang dikemukakan tersebut meluahkan kekhuatiran golongan petani, nelayan dan pekebun kecil ekoran pemotongan elaun sara diri bagi tahun 2019. Dengan peningkatan harga barang, penjualan hasil ikan dan tanaman yang murah kepada orang tengah menyebabkan kehidupan mereka terhimpit.

Dalam warkah tersebut turut disuarakan harga murah tanaman import dari negara lain seperti Cili Vietnam yang menyebabkan tanaman tempatan tidak mampu bersaing di pasaran. Begitu juga dengan daging import yang begitu murah. Kesannya permintaan terhadap hasil tempatan berkurang.

Sumber: Utusan

Selain warkah tersebut, terdapat juga kisah lain yang memaparkan nasib pekebun kecil yang mengalami kesukaran mendapatkan bantuan baja bagi menambah baik tanaman mereka.

Dengan pendapatan yang tidak seberapa agak sukar bagi mereka untuk meningkatkan mutu tanaman dan menyebabkan hasil tanaman mereka kurang berkualiti lantas tidak dapat dipasarkan secara sepenuhnya.

Krisis ekonomi dan kewangan yang membelenggu negara pada ketika ini menyebabkan pelbagai bantuan sara hidup terpaksa dikurangkan dan mengakibatkan kehidupan Wak Ibas serta warga tani semakin menderita.

Sumber: Merdeka

Sekuriti Makanan Perlu Dipelihara

Namun begitu, sekuriti makanan negara perlu dipertahan dan dipertingkatkan hasil bagi memastikan negara cukup bekalan makanan bagi mengelakkan risiko mengalami krisis makanan.

Isu krisis makanan bukan suatu isu yang remeh kerana melibatkan makanan ruji seperti beras, jagung, bijirin dan gandum yang menjadi keperluan asas individu.

Sumber: Oh My Media

Jaminan Menteri

Terkesan dengan kesusahan yang menimpa golongan petani, nelayan dan pekebun kecil, Salahuddin berjanji akan memastikan nasib mereka terus terbela.

Mesej yang jelas dari warkah tersebut merupakan gambaran sebenar nasib rakyat bawahan yang perlu disedari oleh pihak kerajaan.

Walaupun mengetahui keringat yang diperah tidak berbaloi dengan hasil yang dapat , tetapi bagi memastikan sekuriti makanan negara terus terbela maka mereka tetap menabur bakti. Wak Ibas perlu dijadikan simbol masyarakat petani, nelayan dan pekebun kecil yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah orang tengah yang mendapat untung besar berbanding nelayan, petani dan pekebun kecil?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN