Rata-rata warga asing di Malaysia kini sudah menjadi ‘Bos’ di setiap premis perniagaan terutama di sekitar ibu negara dan bandar sekitar Selangor. Jika pergi ke Kuala Lumpur tidak sah kalau tidak nampak warga Bangladesh, Nepal, Indonesia.

Sumber: BH Online

Kadang-kadang kalau pergi membeli-belah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali jalan TAR memang seperti melancong ke negara Dhaka, Bangladesh, sedangkan ia hanyalah di Malaysia. Kedai tudung pun muka warga asing, beli air pun muka mereka, boleh dikatakan merata-rata tempat mereka buat kerja.

Sumber: Oh Media

Memang tidak dinafikan premis-premis di negara ini di dominasi warga Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Myammar. Walaupun mereka ini mengaku hanya bekerja namun masyarakat yakin mereka ini pemilik premis berkenaan yang menggunakan lesen perniagaan orang lain.

Puncanya apa? Orang Malaysia sendiri suka ambil pekerja asing kerana bayaran gaji yang lebih murah. Dalam masa beberapa tahun ini memang mereka menjadi kuli, suatu hari nanti mereka akan jadi ‘bos’ dan buka perniagaan sendiri. Itulah kesilapan peniaga-peniaga di Malaysia.

 

Ancam Periuk Nasi Peniaga Tempatan

Sudah tentu kalau warga asing berniaga mereka akan tutup periuk nasi peniaga tempatan. Ini kerana mereka pandai menarik pelanggan dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah, kadang-kadang harga tidak masuk akal.

Sumber: Adanya Kau Untukku

Bayangkan anak tudung dijual dengan harga RM2 hingga RM3, kedai lain antara RM8 hingga RM10 sehelai. Macam mana orang kita tidak tertarik? Sudahlah murah dan kualiti pun lebih kurang sama dengan harga mahal.

Sumber: Faiqah Seth

Bayangkan warga asing yang menjalankam perniagaan menjual barangan rumah seperti perabot, karpet, kerusi dan sebagainya. Harga lebih murah dari pasaran tempatan.

Malah, ada di kalangan mereka membenarkan untuk membuat bayaran secara ansuran antara RM20 hingga RM30 sebulan bagi barangan yang lebih daripada RM100. Makcik-makcik memang suka bayaran ansuran, barang dapat, bayar kemudian dan paling penting tidak ada faedah. Jika tidak ada duit boleh tangguh bayaran.

Macam mana periuk nasi warga tempatan tidak terancam? Inilah permainan perniagaan yang mereka buat. Apa yang penting mereka mahu menarik pelanggan dengan ramai dan tetap, mereka tidak kisah walaupun mengalami sedikit kerugian.

 

Penguatkuasaan

Di era Malaysia baharu dibawah pentadbiran kerajaan baharu, nampaknya Jabatan Imigresen kini giat memburu pekerja asing tanpa izin, malah turut memberi tumpuan terhadap pendatang tanpa izin yang terlibat dengan perniagaan di seluruh negara.

Sumber: The Sun Daily

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata jabatan itu akan bekerjasama rapat dengan majlis tempatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk membasmi kegiatan itu.

Katanya, jika dilihat bagaimana golongan pendatang boleh mengembangkan empayar perniagaan mereka, adalah dipercayai, mereka yang mendalangi aktiviti itu terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri yang bertindak mengambil bekerja dan melindungi pendatang tanpa izin.

Setelah berakhir program pengambilan semula pekerja haram pada 30 Jun 2018 sebanyak 4,500 pendatang tanpa izin dan 656 majikan yang mengambil bekerja dan melindungi pendatang tanpa izin telah ditangkap dan kebanyakan mereka dihadapkan ke mahkamah.

Inilah punca utama kenapa warga asing boleh berniaga dan membuka empayar perniagaan mereka sendiri. Ini kerana sikap orang Malaysia yang cuai dan leka dengan kesempatan diambil warga asing ini, akhirnya mengundang padah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Secara logiknya, warga asing semakin membanjiri negara ini kerana peluang perniagaan yang dibuka warga tempatan sendiri. Adakah mereka patut disalahkan atau warga tempatan yang malas?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN