Sukan gusti memang akan dikaitkan dengan kaum lelaki memandangkan sukan ini memerlukan kekuatan fizikal dan ketahanan yang betul-betul kuat untuk berhadapan dengan pihak lawan.

Sumber:bm.cari.com.my

Dan majoriti rakyat di seluruh negara sangat meminati sukan ini. Semua golongan tidak kira usia sangat menyokong sukan ini selain sukan-sukan lain.

Namun siapa sangka ada pula seorang gadis bertubuh kecil molek dari negara Malaysia boleh berkecimpung dalam bidang ini dan mula meningkat naik dan diterima baik peminatnya.

Wanita Hijab Pertama Juara Gusti

Sangat jarang seorang wanita mempunyai impian ingin menjadi ahli gusti, apatah lagi mereka yang berhijab untuk berlawan di atas gelanggang besar.

Tetapi hari ini perkara itu benar-benar berlaku apabila seorang ahli gusti beragama Islam di serata dunia, Nor ‘Phoenix’ Diana menjadi ahli gusti pertama berhijab di dunia.

Kejayaan ini sangat membanggakan buat rakyat Malaysia dan mengharumkan nama negara serta menaikkan martabat wanita bahawa wanita bukan lagi insan yang dianggap lemah.

Kecil-kecil cili api orangnya. Sungguh berazam dan bercita-cita tinggi. Semoga ramai kaum Hawa selepas ini yang menceburi bidang ini pula.

Pernah Gagal Dan Takut Pandangan Orang Ramai

Mungkin ramai yang tidak tahu Diana pernah memasuki gelanggang gusti ini sejak 3 tahun lalu.

Sumber:AmazingNara

Sebelum ini Diana tampil dengan imej bertopeng sebelum membuat keputusan menunjukkan dirinya yang sebenar pada 2018. Terkini, dia bertarung dengan peserta Jepun, Emi Sakura.

Pada mulanya, dia menyatakan agak gusar dan bimbang mengenai pandangan orang ramai terhadap penampilan dirinya. Sebab itu sebelum ini dia memilih untuk tidak menonjolkan diri dengan bertopeng.

Tidak sangka dalam sekelip mata sahaja namanya dikenali kerana dia merupakan seorang wanita yang bertudung.

Antara Wanita Malaysia Yang Berjaya Monopoli Bidang Lelaki:

1) Mejar Patricia Yapp Syau Yin

Sumber:kinidia.com

Beliau merupakan juruterbang wanita pertama yang mengendalikan pesawat pejuang MiG-29.

Beliau juga menerima Anugerah Wanita Cemerlang sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah sebelum ini.

Patricia bertugas selama 20 tahun dalam TUDM dan berpengalaman sebagai juruterbang pesawat pejuang selama 5 tahun dari 2003 hingga 2007 sebelum ditugaskan sebagai jurulatih pesawat pelatih Pilatus PC-7 MKII di Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah.

2) Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim

Sumber:JUICEOnline

Beliau yang pernah bekerja di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), kemudian sebagai Penyelidik Bioteknologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan merangkap Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UIAM.

Beliau dilantik sebagai Principal Investigator bagi projek NASA Small Satelit yang dinamakan SporeSat yang dilancarkan pada tahun 2014.

Beliau yang berlatar belakang dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan bioperubatan dan kejuruteraan biologi dengan pelbagai disiplin terpilih mengetuai projek SporeSat.

Amani berpengalaman lebih satu dekad bersama NASA di Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. 

3) Datuk Dr Mazlan Othman

Sumber:Influential Women

Beliau merupakan ahli astrofizik Malaysia dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Malaysia dan penerima Tokoh Melayu Terbilang Malaysia 2011.

Mazlan juga dilantik sebagai pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA) di Vienna oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu, Kofi Annan.

Kepulanganya ke Malaysia pada Julai 2002 juga atas dasar membina bidang astrofizik negara yang mana membawa kepada pelancaran angkasawan Malaysia yang pertama, Sheikh Muszaphar Shukor. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kaum wanita zaman kini setanding dengan kebolehan kaum lelaki?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN