Tular satu rakaman video yang mendakwa seorang wanita bersama anak kecilnya mahu membunuh diri di Jambatan Batu Pahat. Wanita tersebut dikatakan mengalami tekanan perasaan setelah pelbagai masalah menimpa dirinya.

Wanita yang juga bekerja sebagai pembantu makmal di SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor itu mengalami tekanan perasaan disebabkan tidak dapat menghubungi suaminya sejak tengahari kerana menutup telefonnya.

Malah lebih megeruhkan keadaan apabila ada yang mengatakan mangsa dimarahi oleh pengetua sekolah dengan menggunakan perkataan ‘useless girl’ (perempuan tak guna) melalui telefon kerana memohon untuk menyambung cutinya selama satu hari lagi.

 

Apa Punca Sebenar?

Pelbagai spekulasi berlegar di media sosial mengenai punca wanita tersebut dikatakan ingin membunuh diri.

Rata-rata netizen menyalahkan pengetua sekolah tersebut kerana bertindak kejam apabila memarahi mangsa melalui telefon ketika mahu menyambung cuti selama sehari.

Malah terdapat dakwaan bahawa wanita itu pernah meminta untuk ditukarkan ke sekolah di Batu Pahat, kerana kampung dia dan suaminya di Batu Pahat tetapi permohonan pertukaran berkenaan tidak disokong oleh pengetua.

Ekoran dari kecaman netizen terhadap pengetua sekolah tersebut, wanita tersebut mengeluarkan kenyataan di media sosialnya bagi menjelaskan situasi sebenar.

Sumber: Facebook

Menurutnya, kenyataan yang diberikan kepada pihak polis telah disalahertikan oleh sesetengah pihak. Jelasnya, pengetua sekolah K. Tamilvanthan seorang yang baik hati dan permohonan cuti sebelum ini diluluskan tanpa sebarang masalah.

Punca masalah wanita itu adalah kerana tidak dapat menghubungi suaminya. Ditambah pula, beliau mempunyai masalah kewangan disebabkan suaminya sudah tidak bekerja akibat kemalangan sejak tujuh bulan lalu.

Disebabkan perkara itu, mereka sekeluarga dihalau oleh pemilik rumah sewa kerana gagal membayar tunggakan sewa selama dua bulan yang berjumlah RM1000.

Walau bagaimanapun, mangsa mengakui tiada niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua orang cahaya mata yang masih kecil dan hanya berdiri di atas jambatan akibat buntu serta berharap suaminya datang ke situ.

 

Masalah Kewangan Punca Ramai Bunuh Diri

Kesempitan hidup merupakan faktor besar seseorang itu boleh bertindak untuk membunuh diri.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Profesor Nor Zuraida Zainal mendedahkan lebih 2,000 rakyat Malaysia, kebanyakannya golongan muda mati akibat bunuh diri setiap tahun.

Ini bermakna, purata tujuh kes bunuh diri berlaku sehari atau sekitar 200 sebulan atau tujuh orang daripada 100,000 penduduk negara ini nekad membunuh diri.

Statistik kadar bunuh diri dunia ialah daripada 100,000 orang, lebih 20 orang membunuh diri setiap hari atau setiap 30 saat seorang mengakhir hidupnya dengan membunuh diri.

Di Malaysia tahun lalu kita telah dikejutkan dengan kes seorang lelaki India, R. Pubalan bertindak membunuh isteri dan anaknya sebelum menggantung dirinya sendiri.

Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan segala kesusahan, kesempitan serta kepayahan hidup yang dialaminya sekeluarga selepas mengalami masalah dari segi kewangan ekoran keadaan ekonomi ketika itu tidak stabil dan peniagaannya merosot.

Sumber: The Sun Daily

Di Delhi pula, tujuh sekeluarga termasuk dua bayi di timur India dijumpai mati tergantung di dalam sebuah rumah dalam kejadian yang disyaki sebagai kes pembunuhan besar-besaran.

Pihak polis telah menjumpai nota bunuh diri yang menunjukkan kepada keadaan kewangan keluarga tersebut.

 

Apa Yang Boleh Dilakukan?

Bagi orang yang beragama Islam, Kristian dan Yahudi tindakan membunuh merupakan berdosa besar.

Orang sering mengaitkan amalan agama yang cetek mendorong orang Islam terjebak dalam gejala bunuh diri ini? Adakah benar?

Sebenarnya, mereka yang cenderung untuk membunuh diri mempunyai masalah tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras.

Apa yang boleh dilakukan, masyarakat sekeliling perlu peka dengan sikap ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja yang cenderung untuk membunuh diri.

Kebiasaannya mereka memberi isyarat melalui kata-kata mereka.
Contohnya ‘Hidup ni sia-sia saja’, ‘Lebih baik saya mati saja’, ‘Saya tak dapat nak hadapi semua ini. Hidup ini susah sangat’, atau ‘Semua orang tak faham saya. Semua orang tidak dapat rasa apa yang saya rasa’.

Jika anda berhadapan dengan mereka ini, bawalah mereka ke tempat selamat agar mudah untuk mereka meluahkan masalah atau anda boleh yakinkannya untuk membawanya berjumpa dengan kaunselor, pegawai psikologi dan psikiatri untuk tujuan itu.

Pinjamkan juga telinga anda untuk mereka meluahkan masalah kerana mereka ini memerlukan perhatian dari kita daripada mendengar nasihat kita.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah mereka yang bertindak untuk membunuh diri ini salah mereka sahaja?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN