Dua hari lepas, kecoh di media sosial tentang seorang pelajar perubatan dari sebuah kolej swasta di Selangor yang dikatakan mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar melalui ruang komen di laman Facebook berkaitan dengan kematian penyanyi dan pelakon jelita, Emily Kong pada sabtu lalu.

Sumber ; Budiey.com

Komen yang diberikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu dikatakan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mengaitkan kemalangan Emily Kong dengan kelemahan wanita dan memanipulasi wanita yang kononnya dianggap lemah dan tidak boleh berdikari.

Melalui komen yang diberikan, individu tersebut secara terang-terangan menjatuhkan maruah dan martabat kaum wanita dan sewenang-wenangnya menjadikan wanita seperti hamba seks untuk para lelaki. Adakah kebaikan yang dilakukan bagi melindungi seorang wanita daripada bahaya perlu dibalas dengan cara memuaskan nafsu si jantan durjana?

Rata-rata netizen berang dan bertindak menandatangan satu petisyen supaya pelajar perubatan tersebut dibuang daripada universiti kerana mereka menganggap dia tidak layak untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Adakah ini kualiti seorang doktor yang kita mahukan?

 

Kenyataan Pihak Universiti

Seperti ramai yang sedia maklum, pihak Universiti tempat individu tersebut belajar peka dengan permasalahan ini dan mengambil tindakan untuk memberi cuti kepada pelajar terbabit sementara mereka membuat keputusan. Melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak pentabiran Universiti berkenaan, mereka turut meluahkan harapan agar kepentingan pendidikan dan keadilan dapat diberikan.

 

Wanita Bukan Untuk Dimanipulasi

Apabila isu seperti ini dibangkitkan, rasa betapa kecil dan hinanya kaum wanita dari pandangan mata seorang lelaki. Memang benar, hubungan intim antara lelaki dan perempuan adalah fitrah alami dan tidak dapat disangkal. Tetapi yang menyedihkan, cara seorang wanita ditafsirkan seolah-olah kita ini adalah objek yang boleh diguna dan dipakai sesuka hati. Wanita bukanlah kad TouchnGo yang boleh diguna dan ditinggalkan begitu sahaja.

Tidak dinafikan, bukan semua lelaki bersikap dan berkelakuan sebegini. Hanya segelintir sahaja kaum lelaki yang memandang rendah kepada martabat kaum wanita serta menafikan kekuatan dan kemampuan seseorang wanita. Seperti kata pepatah, ‘tangan yang disangka lembut menghayun buaian, mampu mengoncang dunia dan mencipta sejarah’.

 

Sudah Masa Kami Disanjung Dan Dihormati

Cukuplah dengan diskriminasi yang diterima hampir semua wanita diseluruh dunia, dari menjadi mangsa keganasan rumah tangga, mangsa kerakusan seks samada wanita dewasa mahupun kanak-kanak termasuk dilayan seperti orang gaji dalam bab menguruskan rumahtangga. Apa lagi yang kami harus terima selepas ini?

Jika dilihat sekarang, ramai wanita yang lebih bijak dalam merancang dan menjalani kehidupan mereka. Dengan berbagai-bagai peluang yang ada sekarang, ramai wanita sudah pandai mencorak kehidupan mereka dan membina empayar sendiri dan tidak mahu didominasi oleh kaum lelaki.

Gambar Hiasan

Ini tidak bermakna wanita tidak menghormati lelaki ataupun membelakangkan kaum Adam, tapi sudah banyak pengajaran yang kaum wanita telah hadapi sehingga mereka menjadi lebih berhati-hati.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah wanita dilihat dan dilayan begini oleh kaum lelaki?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN