Siapa sangka daripada membeli guni pakaian terpakai, seseorang itu mungkin bernasib baik apabila boleh menjumpai sejumlah wang asing yang besar di dalam guni tersebut.

Ya, walaupun hanya bekerja sebagai penjual barangan terpakai sahaja, nasib mungkin boleh menyebelahi anda apabila sudah ramai peniaga menemui jumlah wang yang agak besar setiap kali membeli barangan terpakai atau bundle ini.

Sumber: Edisi Media

Semalam, tular di media sosial seorang lelaki yang terkejut apabila menemui sejumlah wang tunai  550,000 yen (RM20,755.84) dalam beg duit berwarna hitam di dalam sebuah kot baju ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok.

Penjual berkenaan yang dikenali sebagai Wan Mohamad Adam sememangnya terkejut dengan penemuan itu sehingga beliau memuat naik gambar wang tersebut di laman Facebooknya sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen serta mufti.

Mana tidaknya, jumlah wang tunai yang ditemuinya itu dianggap sebagai rezeki buat dirinya selepas membeli lebih 10 guni bundle sejak beberapa bulan lalu.

 

Wang Ditukar dan Digunakan Sebagai Modal Untuk Besarkan Perniagaan

Sumber: Cempedak Cheese

Bagi Wan Mohamad Adam, sebaik melihat wang tunai yang dijumpai sebanyak RM20,755.84 itu, beliau membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut bagi membesarkan perniagaannya.

Setakat ini, beliau sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,800) manakala baki selebihnya itu akan disimpannya sebagai kenangan.

Namun di sebalik kegembiraan itu, timbul pula isu yang mana segelintir netizen di media sosial dilihat mempertikaikan wang yang dijumpai lelaki ini sehingga ada yang mendesaknya untuk menderma wang tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Sumber: Cempedak Cheese

Bukan itu sahaja, ada pula yang mengatakan wang yang dijumpai itu tidak boleh dijadikan hak milik sendiri memandangkan wang tersebut sebenarnya adalah hak milik orang lain.

Selepas perkara tersebut menjadi pertikaian ramai, mufti Kelantan akhirnya tampil memberi penjelasan terhadap perkara  tersebut.

 

Duit Perlu Serah Pada Baitulmal

Dalam perkara ini, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat mufti memandangkan wang yang ditemui itu boleh dikatakan sebagai rezeki yang datang bergolek kepada peniaga barangan bundle ini.

Namun sebenarnya, wang yang ditemui tanpa pemilik dan tidak dituntut oleh sesiapa perlulah diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.

Sumber: http://www.islamik.info

Perkara tersebut dikongsikan oleh mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang mengatakan sesiapa yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal untuk mengesan pemiliknya, maka wang itu perlu diserahkan kepada jabatan agama.

Beliau turut menegaskan, tidak kira sama ada wang itu datang dari dalam mahupun luar negara, sekiranya dijumpai, ianya tetap wang yang ditemui tanpa pemilik sebelum diserahkan kepada Baitulmal.

Apa yang pastinya, wang yang dijumpai itu juga sememangnya tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi termasuklah untuk tujuan perniagaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah peniaga ini menyerahkan wang tunai yang dijumpainya itu ke Baitulmal untuk kegunaan umum seperti yang disaran oleh Mufti Kelantan?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN