Jika sebelum ini media sosial kecoh dengan dakwaan makanan yang mengandungi gelatin atau bahan berasaskan haiwan yang tidak halal, kini, wang kertas Malaysia pula dikejutkan dengan dakwaan mengandungi lemak khinzir.

Sumber: Malaysia Gazette

Menerusi laporan Malaysia Gazette, seorang pensyarah daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr. Zhari Ismail mendakwa bahawa wang kertas negara kita didapati mengandungi lemak khinzir.

Katanya, beliau mendapat maklumat tersebut daripada salah seorang pemain industri itu sendiri yang mengatakan bahawa lemak khinzir ada digunakan dalam proses penghasilan wang kertas negara.

Selain daripada DNA khinzir, hasil daripada kajian juga mendapati terdapat kuman jenis e-coli di dalam wang berkenaan.

 

Cetus Pelbagai Reaksi

Berikutan isu tersebut, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga dilihat tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat gelatin khinzir dalam wang kertas negara memandangkan bahan ‘haiwan’ itu kebiasaannya digunakan dalam setiap penyediaan barangan termasuk cat, gam dan dakwat.

Sumber: Sinar Harian

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, dalam apa-apa bancuhan memang terdapat gelatin. Apa yang menimbulkan keraguan sama ada gelatin yang digunakan itu menggunakan bahan yang halal mahupun haram.

Namun berbeza pula dengan pendakwah, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang mengatakan hukum penggunaan wang kertas negara masih dikira harus dan suci sehingga terdapat fatwa baru yang mengatakan ia adalah haram atau najis.

Jelasnya, pihak yang mendakwa wang kertas negara mengandungi lemak babi itu perlu membuktikan bahawa ia wujud lemak babi perlu disahkan secara tepat kepada jabatan mufti untuk ditentukan hukumnya.

 

Bank Negara Malaysia Siasat Dakwaan

Sumber: Astro Awani

Atas dakwaan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji dakwaan tersebut selepas pihak Zhari memanjangkan isu tersebut kepada mereka untuk siasatan lanjut.

Malah, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri turut meminta mereka yang mendakwa wang kertas di negara ini mengandungi lemak khinzir mendapatkan pengesahan dan laporan makmal sebelum mengeluarkan sebarang dakwaan.

 

Wang Kertas Guna Lemak Haiwan Memang Wujud!

Di negara England misalnya, lemak haiwan sama sekali digunakan dalam penghasilan wang sehingga mendapat bantahan dari kalangan vegetarian dan kumpulan agama.

Sumber: mStar

Tetapi lemak haiwan yang mereka gunakan itu adalah sejumlah kecil lemak haiwan dari lembu dan biri-biri ke atas wang jenis plastik.

Namun, bagi wang yang diperbuat dari kapas dan linen, ada kemungkinan juga wang kertas tersebut mengandungi sejumlah besar bakteria yang mana setiap hari wang akan berpindah-pindah milik hingga ke serata negara.

Jadi, ada kemungkinan juga wang kertas yang kita miliki ini mengandungi DNA haiwan selain seperti lembu, anjing, khinzir selain dari manusia dan bakteria.

 

Negara China Cetak Wang Malaysia

Selain itu, difahamkan negara China juga antara negara yang diberi kepercayaan mencetak wang asing secara besar-besaran termasuk wang dari negara kita.

Sumber: Agensi

Selain Malaysia, mereka juga mencetak wang dari negara Thailand, Bangladesh, Sri Lanka, India, Brazil dan Poland.

China didakwa mampu menyediakan ciri-ciri keselamatan seperti jalur khas, reben logam dan dakwat berubah warna pada kos yang agak rendah berbanding pesaing mereka dari Barat.

Biarpun wang kertas kita dicetak oleh negara China dan kita tidak tahu apa bahan yang mereka gunakan, kita janganlah cepat membuat andaian kerana banyak aspek yang perlu dikenal pasti untuk mengesahkan wujudnya DNA terbabit dalam wang kertas negara.

Apa-apa pun dalam isu ini, kita tunggu penjelasan dari pihak BNM sendiri kerana andai benar dakwaan terbabit, ada kemungkinan juga ia disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan atas ketiadaan pilihan lain untuk penghasilan wang dan sebagainya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN