Jodoh dan Pertemuan memang sudah ditetapkan untuk kita oleh Allah. Walaubagaimanapun bagi seorang perempuan, kita mestilah ingin mencari pasangan yang sama taraf pendidikan dan mampu menanggung makan, minum, pakaian, tempat tinggal.

Namun wang, harta tidak menjamin kebahagian. Apa gunanya dapat suami yang berpangkat, kaya, tetapi curang di belakang kita kan. Lebih baik menerima suami yang tiada harta, rajin bekerja dan setia dengan pasangannya.

Itu yang dilakukan oleh seorang gadis dikenali sebagai Zuraiha Zaini yang memilih seorang pemandu lori dengan hanya berpendidikan SPM sebagai suami walaupun beliau mempunyai pendidikan ijazah sarjana (master).

Beliau telah berkongsi kisah beliau ini di laman sosial Twitter dengan menggunakan nama @AzuraOrkid dan telah mendapat lebih 17 ribu retweet.

 

Hantaran Biasa-Biasa

Jika sebelum ini kita telah dikecohkan dengan gadis yang meminta wang hantaran sekurang-kurangnya RM15 ribu mengikut taraf pendidikannya yang mempunyai ijazah sarjana muda.

Tetapi bagi Zuraiha, beliau tidak memandang kepada taraf pendidikan malah wang hantaran juga tidak mengikut taraf pendidikannya .

Beliau hanya meminta wang hantaran mengikut kemampuan suaminya dan telah menerima sebanyak RM8000 iaitu lebih tinggi dari yang dimintanya.

 

Dikecam Sedara Mara, Orang Kampung

Disebabkan taraf pendidikannya lebih tinggi dari suami, ramai yang mempertikaikan keputusan beliau untuk berkahwin dengan jejaka yang dikenalinya sejak di bangku sekolah menengah lagi.

Sebelum majlis pernikahannya berlangsung lagi, ramai yang menganggap perkahwinan mereka tidak sesuai kerana taraf pendidikan dan pekerjaan.

Sumber: Mstar

Tetapi siapa mereka untuk menolak atau menidakkan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.

Apa yang penting bagi Zuraiha, peranan seorang suami perlu dilihat untuk menjadi ketua keluarga yang betanggungjawab dan membimbing isteri dan keluarga.

 

Wang Gaji Suami Lebih Tinggi

Walaupun Zuraiha menerima pelbagai komen negatif dari orang kampungnya dan juga saudara-mara, tetapi netizen di media sosial tetap menyokong keputusannya itu dan terus memberikan kata-kata positif.

Ada juga netizen mendakwa gaji pemandu lori ‘masyuk’ sehingga mencecah RM6000 dan ramai yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Malah Zuraiha sendiri mengakui bahawa gaji suaminya lebih sekali ganda dari pendapatan yang diterimanya sebagai seorang guru.

Untuk pengetahuan gaji asas seorang pemandu lori adalah di dalam lingkungan RM4,000 hingga RM5,000 tidak termasuk kerja luar atau kerja lebih masa.

Walau apapun, kebahagian seseorang tidak boleh diukur dengan taraf pendidikan atau pendapatan bulanannya walaupun wang penting pada zaman sekarang ini. Apa yang penting pekerjaan yang dilakukan itu adalah halal.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN