Mustahil ada yang tidak suka makan di dunia ini. Dengan kepelbagaian resipi dari yang tradisional sehingga moden dan unik, kita mempunyai ramai pencinta makanan terutama di Malaysia yang terkenal antara syurga makanan dunia.

Namun, dalam keghairahan itu, adakah kita sedar bahawa budaya makan juga boleh menyumbang kepada kepupusan spesies tertentu di dunia ini?

Malah, menurut International Union for Conservation of Nature, dari keseluruhan 5,487 spesis mamalia, 22 peratus atau 1,219 daripada spesis itu berada dalam status terancam atau hampir pupus.

Walaupun ikan ini semakin terancam setiap hari, namun ia masih menjadi antara hidangan makanan bagi sesetengah masyarakat di dunia.

Baru-baru ini, jurusolek terkenal, Alha Alfa dikatakan telah memuatnaik satu video di Instagram yang menunjukkan cara-cara menyiang dan memasak gulai ikan yu.

Dari rakaman video itu, dengan jelas Alha menunjukkan satu persatu langkah daripada mula sehingga terhidangnya masakan tersebut.

 

Netizen Tegur Perbuatan Alha

Video itu bagaimanapun telah mendapat perhatian seorang netizen di Twitter yang menegur tindakan Alha itu.

Individu itu mengatakan, Alha yang mempunyai ramai pengikut di media sosial itu sepatutnya menyebarkan kesedaran mengenai kepupusan ikan yu.

Tetapi sebaliknya, dia menunjukkan cara-cara untuk memasak ikan yu pula meskipun spesis itu kian terancam.

 

Masih Ramai Tidak Cakna

Ternyata, masyarakat kita masih tidak ada kesedaran mengenai masalah kepupusan yang melanda spesis ini.

Melalui ruangan komen Alha, rata-rata netizen menyatakan bahawa mereka juga makan spesis ikan ini dengan bermacam jenis resipi.

Sumber: Lobak Merah

Ada yang pernah memasak ikan yu masak kerabu, masak kari, ikan yu bakar dan bermacam-macam lagi resipi.

Jika dilihat di negeri Sarawak, aktiviti penangkapan ikan yu masih berjalan dengan aktif di mana kegiatan itu sudah dikatakan mencapai ke tahap tidak terkawal.

Sumber: Lobak Merah

Malah nelayan di sana juga mengakui, kegiatan itu dilakukan kerana ikan yu sangat diminati ramai pemilik restoran untuk dijadikan hidangan eksotik.

Untuk pengetahuan anda, mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesis Ikan Yang Terancam) 1999, ikan yu turut dikuatkuasakan sebagai spesis yang disenarai dalam kategori terancam di negara ini.

Namun, mengapa masyarakat kita masih kurang sedar mengenai kepupusan spesis ini dan mahu menyelamatkan populasi ikan tersebut? 

 

Kerajaan Perlu Perhebat Kempen

Negara kita juga ada laksana kempen besar-besaran anti-ikan yu, yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan ikan yu.

Sumber: Twitter

Namun, sehingga ke hari ini, kempen tersebut seakan-akan telah tenggelam dan dilupakan. Sebab itulah ramai sahaja yang gemar memakannya tanpa menghiraukan faktor kepupusan spesis ini.

Maka, sudah tiba masanya pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dikenakan ke atas pemburu spesies terancam ini. 

Malah, individu yang terlibat dalam aktiviti membeli atau menjual makanan dari sumber spesies terancam juga sewajarnya dikenakan tindakan undang-undang yang serius bagi membendung masalah ini daripada terus berlaku dalam masyarakat kita. 

 

27 Negara Sudah Haramkan Ikan Yu

Sumber: Lobak Merah

Setakat tahun 2014, 27 buah negara dan Kesatuan Eropah telah mengharamkan kegiatan “shark-finning” dan tidak membenarkan aktiviti perdagangan produk berkenaan.

Selain itu, beberapa negara di dunia juga telah mengambil tindakan proaktif dalam menangani kemerosotan populasi ikan yu dengan mengharamkan sajian sup sirip ikan yu dalam semua majlis rasmi.

Larangan itu terbukti berjaya mengurangkan sebanyak 30% permintaan terhadap sup sirip ikan yu sekaligus memberi impak besar kepada masyarakat dunia.

Mereka dah haramkan kegiatan ini, kita bila lagi? 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN