Sebagai pengguna jalanraya, kita semestinya terdedah kepada bahaya kemalangan samada berpunca dari diri sendiri mahupun kerana kelalaian orang lain. Yang membimbangkan, sehingga meragut nyawa orang tersayang tanpa mengira umur dan bangsa.

Semuanya terletak ditangan takdir, dan sebagai manusia kita hanya mampu berusaha untuk lebih berjaga-jaga bagi mengelak kemalangan daripada berlaku.

Antara salah satu isu yang sering menjadi peringatan setiap pengguna jalan raya adalah tentang keselamatan anak-anak ketika berada di dalam kereta. 

Malangnya penggunaan kerusi khas kanak-kanak ‘carseat’ dan penggunaan tali pinggang di kalangan anak kecil sangat lemah.

Ini terbukti melalui statistik kematian bayi dan kanak-kanak yang meningkatkan walaupun impak sebenar kemalangan tidaklah seteruk mana.

Dan terbaru, dua kanak-kanak berusia 7 dan 5 tahun yang juga merupakan adik beradik disahkan maut di tempat kejadian akibat kemalangan yang berlaku megakibatkan mereka tercampak keluar dari kenderaan. Kejadian berlaku di Tawau, Sabah.

Pasti berat untuk kedua ibu bapa mangsa menerima ketentuan ini, namun disebalik kisah tragis ini ianya juga patut dijadikan pengajaran dan meningkatkan kesedaran ibubapa tentang pentingnya penggunaan ‘carseat’ untuk bayi dan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

 

Wake Up Call’ Untuk Semua Ibu Bapa

Gambar Hiasan

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan kehilangan bayi yang meninggal dunia kerana terhentak ‘dashboard’ kereta ketika kenderaan yang dinaiki bersama ibu dan bapanya bertembung dengan sebuah kereta lain yang berada di laluan bertentangan.

Ibu dan bapa bayi malang tersebut bagaimanapun selamat. Jika dapat diundur masa, pasti perkara sebegini boleh dielak jika bayi tersebut diletakkan di tempat yang sepatutunya.

Mungkin ianya satu fakta yang sukar ditelan dan dihadam oleh ibu bapa, namun tanpa sedar kita lebih memilih mengadaikan nyawa anak sendiri demi kesenangan peribadi kita.

Alasan seperti harga yang mahal, leceh untuk pasang dan juga sikap anak yang tidak mahu bertoleransi ketika diletakkan di ‘carseat’ menjadi tiket untuk ibu bapa pejam sebelah mata akan kepentingannya.

Selagi sempat, ubahlah. Jangan sampai sudah terkena pada batang hidung isteri baru kita nak meratap sedih sudah tiada guna.

 

Wajib Guna ‘Carseat’ Bermula 2020

September 2018, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumunkan bahawa mulai tahun 2020, penggunaan ‘carseat’ akan diwajibkan untuk setiap kenderaan persendirian dan penalti akan dikenakan kepada yang gagal mengikuti peraturan tersebut.

Ekoran dari pengumuman tersebut ramai ibu bapa yang meluahkan rasa kesal mereka kerana dianggap tidak sayangkan anak.

Ini kerana bukan semua sengaja tidak mengendahkan tuntutan keselamatan tersebut, namun cuba bayangkan jika anda mempunyai 4-5 anak kecil dan anda hanya mempunyai kereta bersaiz kecil dan tidak mampu membeli kenderaan yang lebih besar.

Adakah mereka juga patut dipersalahkan?

Ramai yang turut mengesa jika betul kerajaan ingin mengaplikasikan peraturan tersebut, cadangkan juga penyelesaian bagi keluarga-keluarga yang tidak mampu berkereta besar untuk menyediakan kenderaan yang lebih selamat untuk anak mereka. Jangan hanya pandai menyaman sahaja. Barulah peraturan tersebut lebih praktikal. 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai isu ini?
39 votes · 39 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN