Masyarakat melayu terutama orang tua begitu teguh berpegang dengan adat resam terutamanya dalam tuntutan perkahwinan.

Sesuatu perkahwinan dianggap tidak lengkap atau ‘berdosa’ jika adat resam diketepikan. Sebab itu ramai anak muda zaman sekarang menangguhkan hasrat untuk berkahwin kerana tuntutan adat yang dianggap membebankan oleh ibu bapa mereka ini.

Sumber: Wedding.com.my

Mana tidaknya, semuanya melibatkan kos seperti wang hantaran, barangan hantaran, kenduri pertunangan, dan banyak lagi perkara yang boleh dielakkan untuk dilakukan bagi menjimatkan kos.

 

Apa Beza Wang Hantaran dan Mas Kahwin?

Apa yang menjadi bebanan pasangan yang ingin berkahwin ketika ini adalah wang hantaran. Wang hantaran merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang perlu dipersetujui oleh kedua pihak keluarga untuk majlis perkahwinan. Ia adalah tidak wajib dan tidak terdapat di dalam rukun nikah.

Tetapi pada zaman ini ia dianggap sesuatu yang wajib pihak lelaki perlu beri kepada pihak wanita dan jumlah tersebut ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan.

Malah ada pulak trend menetapkan wang hantaran mengikut taraf pendidikan bermula RM2000 bagi UPSR dan PRM sehingga RM30,000 untuk kelulusan Ijazah Kedoktoran. Wang hantaran tidak kisah berapa asalkan ia tidak membebankan bagi pihak lelaki.

Sumber: harianblogger.com

Sebaliknya Mas kahwin (mahar) merupakan pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri bagi tujuan pernikahan.

Dalam ayat empat Surah an-Nisa’, Allah SWT berfirman untuk menjelaskan bahawa mas kahwin itu sebagai pemberian yang wajib, dan supaya tidak ada perkahwinan secara percuma dalam kalangan pasangan Islam.

Sumber : kahwinmall.com

Di Malaysia, mas kahwin ditetapkan mengikut negeri kelahiran si isteri dan wang tersebut adalah milik isteri sepenuhnya.

 

Kenapa Wang Hantaran Perlu Tinggi?

Ada yang berpendapat wang hantaran bukan untuk membebankan tetapi ia adalah sebagai persiapan untuk mengadakan majlis bagi tujuan penghebahan pasangan tersebut.

Bayangkan menu catering paling murah masa kini ialah RM10.50 satu kepala. Sebagai contoh jemputan keluarga 1000 orang dan kos makanan sahaja mencecah lebih RM10,000. Itu belum termasuk kos sewa dewan, pelamin, baju, cenderahati dan sebagainya.

Tetapi adakah wajar kos kenduri pihak perempuan menggunakan wang hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki?

Selain itu, ada segelintir juga ibu bapa yang meletakkan nilai hantaran tinggi kerana ingin melihat persiapan bakal suami anak mereka dari segi kewangan sama ada kukuh untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga anak kesayangan mereka.

Melayari alam rumah tangga tidaklah indah setiap masa malah akan memburukkan keadaan apabila berkait dengan soal kewangan. Banyak kes dilaporkan rumah tangga runtuh dan berlaku keganasan rumah tangga kerana soal duit.

 

Dulang Hantaran Perlu Ke?

Selain dibebani dengan wang hantaran, pasangan juga akan dibebankan dengan barang hantaran yang kebiasaannya akan diberi ketika majlis pertunangan dan pernikahan.

Kalau zaman dahulu barang hantaran ini terdiri daripada manisan, makanan, kuih-muih, tetapi zaman sekarang ini semua barang adalah berjenama. Antara barang yang sering diberi ialah pakaian, set wangian, set alatan solek, telefon bimbit, kasut dan bermacam lagi.

Kalau mengikut adat dulang hantaran mestilah diberi mengikut angka ganjil. Paling sedikit
3 dulang (pihak lelaki) berbalas 5 (pihak perempuan), 5 dulang berbalas 7, 7 dulang berbalas 9 , 9 dulang berbalas 11.

Sumber: says.com

Untuk barang hantaran sahaja kebiasaannya pasangan pengantin akan berhabis sehingga ribuan ringgit. Itu tidak termasuk dulang hantaran yang perlu digubah. Kos bagi gubahan hantaran pula bermula dari RM50 hinggalah ratusan ringgit bergantung kepada gubahan yang diinginkan.

 

Pembaziran Di Dalam Perkahwinan

Jika kita melebihkan adat daripada perkara wajib di dalam sesuatu perkahwinan, sudah pasti kita akan rasa terbeban. Ini kerana zaman sekarang kebayakkannya diadakan menggunakan kos yang besar dan mendatangkan pembaziran.

Malah perkara yang tidak sepatutnya pun kita ada-adakan kononnya untuk melihat sesuatu majlis perkahwinan itu indah. Secara tidak langsung perkara ini boleh membuatkan kita riak dan jatuh hukum berdosa.

 Sedangkan perkahwinan merupakan satu ibadat dalam agama Islam di mana matlamatnya adalah untuk membina sebuah institusi keluarga yang bahagia.

Seharusnya proses untuk membina kehidupan bahagia itu perlulah mengikut cara yang betul agar diberkati dengan melakukan secara sederhana, tidak membebankan, tiada unsur pembaziran, tiada perasaan riak untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda?
16 votes · 16 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN