Sumber : Facebook

Jumaat lalu, dua orang individu dijemput oleh pihak TV Alhijrah untuk membincangkan isu ‘Doula Sebagai Peneman Atau Pengganti Doktor’ iaitu Prof Imelda Balchin dan Puan Hayati Muzaffar, sorang Doula freelance.

Topik minggu ini hangat diperkatakan oleh kedua-dua penyokong kelahiran secara alami yang mengikut fahaman doula dan kelahiran dibawah pemerhatian doktor dan bidan seperti yang selalu dilakukan oleh ibu-ibu di Malaysia.

Puan Hayati sedang mengajar pelanggannya    Sumber : Norinora Zainy

Sebelum ini Puan Hayati Muzaffar pernah dikaitkan dengan kematian seorang ibu sejurus selepas melahirkan anaknya dirumah dibawah pemerhatiannya. Komplikasi teruk selepas proses bersalin yang dihadapi oleh ibu tersebut telah meragut nyawanya.

Doula ini dikatakan lepas tangan dan memutar belit cerita dan sehingga kini masih bebas menyebarkan fahamannya yang dikatakan tidak selari dengan ajaran agama dan amalan kesihatan di Malaysia.

Isu doula di Malaysia yang katanya memberikan perkhidmatan percuma menerima kecaman teruk dari orang ramai termasuklah pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka.

Yang membimbangkan, ramai yang terpengaruh dengan perkhidmatan ini dan menolak sekeras-kerasnya bantuan perubatan, khidmat doktor dan jururawat sepanjang proses kehamilan dan bersalin.

Apakah sebenarnya doula ini? Dan mengapa isu ini hangat diperkatakan terutamanya dikalangan pengamal perubatan?

 

Apa Itu Doula?

Perkhidmatan doula sebagai peneman dan penyokong ibu ketika melalui proses kehamilan dan bersalin telah lama diamalkan oleh hampir semua negara seantero dunia. Fungsi doula adalah untuk menjadikan pengalaman mengandung dan bersalin cukup menenangkan dan membahagiakan buat si ibu.

Doula sedang mengurut Sumber : Dona.org

Doula biasanya akan memberikan ibu-ibu ilmu kehamilan, pemakanan dan cara bersalin yang betul bagi mengelakkan seseorang ibu menjadi tertekan. Selain itu doula turut memberi khidmat fizikal melalui sentuhan dan urutan supaya ibu menjadi lebih tenang dalam menghadapi proses bersalin yang mendebarkan.

 

Amalan Doula Di Negara Luar

Siapa yang tak nak jika diberi pilihan untuk melalui proses kelahiran dengan tenang dan aman serta dikelilingi oleh individu yang boleh memberi sokongan penuh kepada kita. Di luar negara, individu yang terlibat sebagai doula perlu melalui beberapa proses dan kursus sebelum mereka diiktiraf oleh kerajaan sebagai orang yang boleh mengendalikan sesuatu kelahiran. Malah mereka juga mempunyai persatuan dan diiktiraf secara sah oleh kerajaan.

Janganlah anda samakan doula di Malaysia dan diluar negara, kerana sungguh jauh fahaman dan ajaran yang disebarkan.

Mengapa Setiap Kelahiran Perlu Kehadiran Doktor atau Bidan Terlatih

Yang menjadi perdebatan rata-rata pihak diluar sana adalah risiko kematian ibu dan bayi bagi kes-kes kelahiran yang dikendalikan oleh doula semata-mata. Tanpa pemerhatian rapi dari doktor mahupun bidan terlatih, sesetengah doula dengan berani mengendalikan kelahiran pelanggan-pelanggan mereka.

Memang betul dan tidak dinafikan, ada sesetengah kehamilan yang semuanya berjalan lancar dan baik samada dari kesihatan bayi yang didalam kandungan mahupun kesihatan ibu hamil itu sendiri. Malah ada yang mampu melahirkan secara spontan ketika dalam perjalanan ke hospital tanpa sebarang komplikasi.

Sumber : bababnet,com

Namun itu tidak bermakna sesiapa sahaja boleh melahirkan anak tanpa sebarang komplikasi mahupun risiko.

Kerana itu juga, secara kerasnya Profesor Imelda Balchin menegaskan bahawa doula bukanlah orang yang layak untuk mengendalikan sebarang proses kelahiran.

Ini kerana doula di Malaysia adalah individu yang tidak mempunyai kelayakan mahupun kemahiran profesional untuk menyambut kelahiran serta tidak ada menerima pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Setiap proses kelahiran pastinya diikuti dengan pelbagai risiko yang tidak boleh dijangka, contohnya uri lambat keluar mahupun pecah, kehilangan darah yang banyak, kepala bayi tersangkut bagi kes sonsang dan bermacam-macam lagi risiko yang boleh melibatkan kehilangan nyawa bayi dan ibu.

Kerana itulah, doktor dan bidan terlatih wajib ada untuk mengendalikan proses kelahiran agar jika berlaku sebarang komplikasi, ibu dan bayi boleh diselamatkan dan dirawat dengan segera. Tidak cukupkah kisah Amy Karmila untuk dijadikan pedoman dan pengajaran? Pilihan di tangan anda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapata anda, perlukah Malaysia mengiktiraf perkhidmatan doula?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN