Selepas negara dihebohkan dengan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), kerajaan kini mengambil keputusan untuk memotong serta tidak meluluskan mana-mana unsur atau adegan yang mempamerkan atau mempromosi budaya hidup songsang tersebut untuk tayangan umum.

Keputusan tersebut diumumkan Timbalan Menteri Dalam, Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang menegaskan sebelum ini, Lembaga Penapisan Filem di Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga tidak membenarkan sebarang tayangan berkaitan budaya hidup songsang itu untuk tontonan umum.

Selepas ini, mana-mana budaya LGBT yang didapati sengaja mempromosikan budaya songsang tersebut ke dalam filem mahupun drama, babak atau adegan tersebut akan dipotong bagi mensejahterakan aspek keselamatan, kesejahteraan awam, keagamaan, sosiobudaya serta ketertiban dan ketatasusilaan di negara ini.

Bagaimanapun, sekiranya unsur atau adegan berkenaan didapati mengandungi pengajaran yang boleh diambil, pihak lembaga mengambil keputusan untuk tidak memotong adegan tersebut.

 

Wajarkah Tindakan Kerajaan Itu?

Sumber: MHE TV

Walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya memegang tampuk kerajaan kini, tidak semestinya semua isu yang bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini harus dipersetujui oleh kerajaan.

Meskipun golongan ini juga adalah insan biasa sama seperti kita, namun mereka perlu ingat bahawa tidak semua tuntutan hak asasi manusia yang dituntut oleh golongan tersebut harus diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.

Sumber: Sinar Harian

Sebelum ini juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa pernah menegaskan bahawa golongan tersebut tidak dibenarkan mengamalkan gaya hidup songsang di negara ini.

Mujahid berkata, perkara ini tertakluk mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah pada peringkat negeri termasuk perlakuan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti perempuan.

Sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan seperti ini dengan memotong sebarang unsur serta adegan LGBT di dalam filem mahupun drama, berkemungkinan penularan budaya songsang itu akan menjadi semakin membimbangkan.

Malah, baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan laporan terdapatnya sebanyak 310,000 golongan gay dan trasgender di negara ini.

Angka ini merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan dan seluruh badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agar lebih agresif untuk menangani permasalahan yang berlaku ini.

 

LGBT Tidak Diterima Di Malaysia, Netizen Jangan Cepat Kecam

Sumber: Sinar Harian

Umum kita ketahui, Malaysia merupakan negara yang tidak sama dengan sistem nilai di Barat yang lebih bebas.

Perkara tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk LGBT serta perkahwinan sejenis.

Malah katanya, konsep keluarga di negara ini masih kekal iaitu terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak atau anak angkat, manakala perkahwinan sejenis adalah tidak diiktiraf sebagai keluarga.

Pun begitu, dalam perkara ini, kita tidak boleh menyalahkan 100% tuduhan tidak berasas kepada golongan LGBT kerana tidak semua daripada mereka terlibat dalam aktiviti songsang.

Malah, berdasarkan statistik daripada jumlah 310,000 golongan gay, sebanyak 173,000 golongan tersebut telahpun meninggalkan gaya hidup sedemikian pada lima tahun lalu.

Melihat kepada isu ini, sebagai masyarakat yang prihatin, kita seeloknya jangan cepat untuk menghukum seseorang dengan cara yang demikian kerana golongan ini tidak meminta untuk menjadi seperti ini.

Malah, apa yang boleh kita lakukan ketika ini adalah dengan menasihat serta tidak menindas golongan ini kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan yang sama seperti insan biasa.

 

Antara Filem Dan Drama Yang Pernah Cetuskan Kontroversi

Sumber: Free Malaysia Today

Sebelum ini, filem Beauty & The Beast pernah ditangguhkan sementara selepas filem itu mengundang kontroversi atas beberapa sebab termasuk penampilan watak homoseksual.

Malah, filem Disney itu juga pernah ditarik keluar dari senarai tayangan di semua pawagam di Malaysia yang terpaksa dilakukan secara berperingkat sebelum tarikh penayangan baharu dibuat bergantung kepada keputusan siasatan dalaman oleh The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd.

Selepas kekecohan itu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang menjadi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah memberi kebenaran untuk filem tersebut ditayangkan di Malaysia, dengan suntingan kecil.

Sumber: Business Insider

Bukan sahaja filem ini sahaja yang mengundang kontroversi di kalangan masyarakat, malah filem lain seperti filem Bohemian Rhapsody juga turut sama dilaporkan mempunyai babak songsang di mana watak penyanyi utama Queen, Freddie Mercury juga menampilkan watak homoseksual.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan membuat keputusan untuk memotong sebarang adegan LGBT dalam filem mahupun drama di Malaysia?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN