Baru-baru ini, kerajaan dikatakan sedang mempertimbang beberapa langkah terhadap syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) termasuk kemungkinan untuk menutup syarikat tersebut.

Sumber: The Star

Pertimbangan itu dibuat berikutan kerugian yang dihadapi MAS sejak beberapa tahun lalu yang menyumbang kepada susut nilai besar terhadap pengurusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Walau bagaimanapun, pertimbangan kerajaan itu menjadi bualan hangat semua pihak termasuk netizen di media sosial yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan rancangan tersebut.

Tidak terkecuali juga, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut membantah rancangan untuk menjual atau menutup MAS memandangkan syarikat tersebut adalah syarikat kebanggaan negara.

 

Mengapa Perlu Ditutup?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa syarikat kebanggaan negara yang begitu gah ini perlu ditutup?

Sumber: Free Malaysia Today

Turut difahamkan, sejak MAS diswastakan pada tahun 2014, syarikat penerbangan tersebut mengalami kerugian disebabkan prestasi yang kurang memberangsangkan dari segi kos untuk mengekalkan kelangsungan operasi (kekurangan kru pada separuh kedua 2018) dan limpahannya kepada cukai daripada industri pelancongan, perniagaan dan aktiviti ekonomi.

Bukan itu sahaja, syarikat itu juga turut berdepan kesukaran untuk mendapatkan keuntungan disebabkan perlu berdepan dengan persaingan yang semakin sengit di dalam industri.

Sumber: SAYS Malaysia

Apa yang pasti, pertimbangan untuk menutup syarikat penerbangan ini adalah disebabkan oleh prestasi merosot yang dicatatkan sejak beberapa tahun lalu sekaligus menyumbang kepada susut nilai yang besar kepada Khazanah.

Pada 5 Mac lalu, susut nilai Khazanah Nasional Berhad berjumlah RM7.3 bilion yang direkodkan tahun lalu, sebahagian besarnya disumbangkan Malaysia Airlines.

Sejak tidak lagi tersenarai dalam Bursa Malaysia dari 2015 hingga 2017, MAS telah mencatatkan kerugian sebanyak RM2.3 bilion berikutan kelemahan ringgit dan kos bahan api jet yang semakin tinggi.

Jadi, tidak hairanlah ada yang memberi pandangan supaya syarikat ini ditutup kerana ia berdepan semula dengan masalah meskipun bantuan kewangan (bailout) sudah disalurkan untuk tempoh dua ke tiga tahun.

 

Cadang Kerajaan Guna Semula Pelan Pemulihan 

Sumber: SAYS Malaysia

Melihat kepada krisis yang dihadapi MAS ketika ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mencadangkan agar kerajaan mengguna semula pelan baik pulih yang pernah digunakannya ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.

Katanya, pelan yang diguna pakai ketika itu dilihat berfungsi dengan baik dan hanya memerlukan sedikit masa.

Persoalannya di sini, adakah dengan mengikut pelan baik pulih itu, prestasi syarikat penerbangan ini akan dapat dinaikkan semula?

Difahamkan, pelan lima tahun sepertimana yang disebut oleh bekas perdana menteri itu bermula Ogos 2014.

Jadi, adakah mungkin kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengikut langkah sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu?

Namun, usah khuatir, masih ada beberapa pilihan lain yang boleh diambil kerajaan untuk menyelesaikan isu yang membelenggu Malaysia Airlines termasuk menjual atau menyuntik dana kepada syarikat itu.

Sekiranya mahu menjual, kerajaan mungkin perlu mengenal pasti agensi yang sesuai untuk mengendalikan syarikat Malaysia Airlines di atas dasar agenda nasional atau memasuki usaha sama dengan syarikat penerbangan lain sepertimana yang dicadangkan beberapa pihak.

 

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh MAS

Tidak dinafikan lagi, dengan persaingan industri penerbangan antarabangsa ditambah pula kewujudan pelbagai syarikat penerbangan tambang rendah sejak beberapa tahun ini dilihat sedikit sebanyak menjejaskan MAS.

Di mana silapnya?

Adakah disebabkan promosi yang ditawarkan syarikat penerbangan ini tidak lagi menjadi pilihan orang ramai atau disebabkan sesetengah laluan penerbangan yang ditawarkan itu tidak menguntungkan?

Sumber: IdaMan

Bagi menyelamat operasi MAS, ada yang berpendapat supaya operasi laluan antarabangsa yang ditawar mereka perlu dikekalkan kepada destinasi utama yang mempunyai ramai penumpang sahaja.

Selain itu, MAS juga perlu kekalkan perkhidmatan carter bagi urusan umrah dan haji disamping meneroka pasaran laluan penerbangan baru untuk memantapkan lagi kelangsungan operasi mereka.

Ada juga berpendapat supaya MAS memberhentikan perkhidmatan laluan domestik yang dilihat tidak begitu menguntungkan disebabkan perlu bersaing dengan syarikat penerbangan tambang rendah yang terlalu banyak ketika ini.

Apa-apa pun, tunggu dan lihat sahaja keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan ketika ini sama ada mahu menutup operasi MAS atau sebaliknya.

Kerana setiap keputusan yang dibuat itu, pastinya dilakukan hanya untuk menjamin kesejahteraan semua pihak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah kerajaan menutup operasi syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang menjadi simbolik penerbangan negara?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN