Sebelum ini, apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kedudukan kerajaan, terdapat ura-ura mengatakan bahawa status bebas cukai di Langkawi akan ditarik balik semula oleh kerajaan terdahulu.

Tidak pasti apa yang dikatakan dalam ura-ura tersebut benar kerana tindakan untuk mengekalkan status bebas cukai di pulau-pulau peranginan adalah satu usaha yang baik untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke pulau untuk bercuti sekaligus merancakkan lagi aliran wang keluar dan masuk.

Bagaimanapun, walaupun ada pelbagai andaian yang mengatakan Pulau Langkawi bakal ditarik balik status bebas cukainya, perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan pembentangan Belanjawan 2019 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, baru-baru ini telah membuktikan kerajaan PH komited untuk mempertahankan status kawasan pelancongan itu.

Malah, Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga berkata walaupun terdapat ura-ura mengatakan status bebas cukai terhadap pulau Langkawi dikatakan akan ditarik balik namun kini ia memberi jaminan bahawa status tersebut dikekalkan malah akan ditambah baik.

Di Malaysia, pulau Langkawi bukan antara pulau yang dikenakan status bebas cukai, malah pulau Pangkor, pulau Tioman dan Pulau Labuan juga turut sama mendapat status bebas cukai tersebut.

Tidak terkecuali juga, Pulau Besar di Melaka yang akan dijenamakan semula akan turut sama memohon status penuh sebagai pulau pelancongan bebas cukai tidak lama lagi.

 

Mengapa Status Tersebut Wajar Dipertahan?

Sumber: BBC

Seperti mana yang kita ketahui, pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia bagi pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Melihat kepada isu yang diuar-uarkan itu, difahamkan status Pulau Bebas Cukai yang diwartakan di pulau Langkawi mengikut Akta Kewangan tidak mempunyai tarikh luput.

Malah, ada juga yang berkata pulau Langkawi hanya memegang status sebagai Pulau Bebas Cukai dan bukannya Zon Bebas Cukai yang memungkinkan kelebihan status tersebut ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan.

Namun, apa yang pastinya pulau Langkawi tidak pernah diberikan zon bebas cukai tetapi Kerajaan Persekutuan memberikannya status Pulau Bebas Cukai yang diwartakan mengikut Akta Zon Bebas 1990 di mana ia tikdak akan pernah luput.

Sumber: tripcarte.asia

Dalam perkara ini, pulau Langkawi bukan hanya menarik pelancong dari luar negara sahaja malah pelancong dari dalam negara juga turut sama melancong ke sana disebabkan faktor tarikan semula jadi pulau tersebut di samping harga barangan yang tidak kenakan cukai.

Bagi warga tempatan yang gemar membeli-belah, pulau Langkawi itu boleh diibaratkan sebagai syurga beli belah kerana harga barangan yang dijual di situ jauh lebih murah berbanding dengan yang dijual di pasaran yang dilihat sedikit mahal.

 

Mampu Tarik Ramai Pelancong dan Menyumbang Pada Pendapatan Negara

Sumber: Langkawi-info.com

Apabila status bebas cukai diwartakan, ia sekaligus dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong asing ke dalam negara di mana kerajaan kini bercadang mahu menjadikan pulau Langkawi ke paras tinggi yang setanding negara jiran seperti Phuket dan Bali.

Sekiranya status bebas cukai terhadap pulau Langkawi ditarik balik, negara juga akan mendapat tempiasnya memandangkan pulau tersebut antara punca utama penyumbang kepada pendapatan negara.

Jika dulu, had pembelian barangan bercukai sebanyak RM500 dikenakan kepada pelancong dari tanah besar yang membeli-belah di Langkawi, kini kerajaan menaikkannya kepada RM1,000.

Langkah itu dibuat oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pelancong ke pulau Langkawi, sekali gus dapat meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah status bebas cukai yang diwartakan ke atas Pulau Langkawi ditarik balik?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN