Semalam, tular di Facebook mengenai satu rakaman seorang lelaki yang diikat dan dimandikan di tempat jenazah oleh orang ramai kerana disyaki memecah tabung Surau At-Taqwa, Kampung Mulia, Sungai Tiram dekat Ulu Tiram, Johor Bahru.

Difahamkan, suspek dikatakan cuba mencuri tabung surau itu pada 10 Mei lalu namun gagal.

Tetapi, semalam, suspek sekali lagi dilihat cuba memecah tabung yang sama sehingga menyebabkan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) surau serta orang kampung mengambil tindakan memandikan suspek di tempat jenazah sebagai pengajaran.

Pun begitu, ada pula yang tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan mereka kerana menganggap ianya sebagai satu tindakan yang mengaibkan suspek dan tidak kurang dari itu, ada juga yang bersetuju dengan cara sedemikian yang dianggap lebih elok berbanding dibelasah beramai-ramai.

 

Trend Terbaru Insafkan Pencuri

Sebelum ini, ada sesetengah daripada kita mengambil pendekatan dengan membelasah si pencuri sehingga lemah sekaligus memberi imej buruk terhadap Islam.

Sumber: CARI Infonet

Mencuri itu tetap menjadi satu kesalahan. Tetapi sekiranya dibelasah teruk sehingga lunyai sama sekali satu perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sebenarnya, banyak lagi cara lain yang boleh diambil untuk menginsafkan si pencuri dengan cara mengutip sampah atau apa sahaja aktiviti melibatkan surau sebagai pengajaran buatnya.

Dalam Islam sendiri, memberi kesedaran terhadap mereka yang bersalah sama sekali dituntut kerana cara tersebut boleh memberi kesedaran terhadap individu terbabit akan kesan buruk yang boleh berlaku jika dia tetap melakukan kesalahan yang sama.

Biarpun memandikan suspek ini ditempat jenazah sebagai cara untuk menginsafkannya namun perbuatan mengikat dan merakam itu sebenarnya boleh mengaibkan suspek serta ahli keluarganya.

 

Surau Atau Masjid Mungkin Boleh Wujudkan ‘Gerobok Rezeki’

Sumber: Deskgram

Dalam hal ini, si pencuri itu mungkin mempunyai masalah kewangan yang kita tidak tahu sehingga terdesak mahu mendapatkan duit untuk kelangsungan hidup.

Disebabkan banyak berlakunya kes kecurian di masjid mahupun surau sejak kebelakangan ini, pihak masjid mungkin boleh mengambil pendekatan mewujudkan gerobok rezeki bagi mereka yang memerlukan.

Apabila adanya kewujudkan gerobok rezeki, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes kecurian di masjid dan surau sekaligus dijadikan sebagai bantuan kecemasan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan akibat kesempitan hidup.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan memandikan si pencuri di tempat jenazah ini cara berkesan untuk menginsafkan mereka?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN