Pada 9 April lalu, Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat melalui panduan perjalanan yang dikeluarkan negara itu.

Sumber: Astro Awani

Penyenaraian indikator ‘K’ itu dilakukan AS berikutan negara ini dikatakan berisiko berlaku penculikan dan dijadikan tebusan di beberapa kawasan di timur Sabah.

Bukan itu sahaja, AS turut menasihati warganya untuk mengambil langkah berjaga-jaga jika mahu melancong ke Malaysia.

Selain itu, negara lain yang turut berada dalam senarai ‘K’ itu juga termasuk Afghanistan, Bangladesh, Cameroon, Afrika Tengah, Colombia, Ethiopia, Haiti, Iran, Iraq, Kenya, Mexico, Nigeria, Pakistan, Filipina, Syria, Trinidad dan Tobago, Turki, Uganda, Ukraine (di timur Ukraine yang dikuasai Russia) dan Yaman.

Persoalannya di sini, adakah benar Malaysia merupakan antara negara yang tidak selamat untuk dikunjungi berdasarkan penyenaraian AS itu?

 

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Senarai ‘K’

Sumber: Sayang Sabah

Dalam perkara ini, mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan status ‘K’itu bukan?

Status ‘K’ itu membawa maksud sesuatu negara itu berbahaya untuk dikunjungi pelancong luar dengan alasan bimbang terhadap potensi penculikan dan pemerdagangan manusia yang semakin meningkat dan berleluasa di negara kita.

 

Ideologi AS Dalam Menyekat Ekonomi Malaysia?

Melihat kepada apa dilakukan oleh AS terhadap Malaysia, ada kemungkinan mereka mahu menyekat ekonomi negara kita.

Dalam pada diam, penyenaraian itu sama sekali boleh menjatuhkan sistem pentadbiran negara kita dan seterusnya menyumbang kepada faktor lain dalam menolak kemasukan imigran dan pelancong yang mahu berkunjung ke Malaysia sama ada untuk bekerja, melancong atau sebaliknya.

Walaupun kawasan di timur Sabah sebelum ini sering terdedah dengan bahaya sehingga terpaksa mewujudkan perintah berkurung buat penduduk setempat.

Sumber: Youtube

Namun kini, keadaan keselamatan di Sabah adalah terjamin dan selamat untuk dikunjungi pelancong memandangkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa mengawal selia kawasan ESSZONE dengan membuat rondaan selama 24 jam.

Sekiranya hendak menuduh perairan timur Sabah tidak selamat, mengapa jumlah pelancong yang mengunjungi Sabah pada tahun lalu meningkat sebanyak 5.5 peratus mencecah 3.87 juta orang?

Malah, kawasan timur Sabah terus menarik kunjungan penyelam skuba bertaraf dunia selain kes penculikan juga menurun dan hampir tidak lagi berlaku.  

Ternyata, senarai tersebut tidak tepat sama sekali!

 

Boleh Gugat Sektor Pelancongan Negara

Jika sebelum ini ramai yang memilih Malaysia sebagai lokasi pelancongan mereka, namun dikhuatiri sekiranya AS tidak mengeluarkan Malaysia dalam senarai ‘K’ berkenaan, ianya ternyata bakal menggugat sektor pelancongan negara.

Sumber: Astro Awani

Walhal, apa yang dilakukan Esscom setiap hari adalah dengan membuat pengawasan bersama agensi keselamatan lain dalam usaha menangani sebarang ancaman dikawasan tertentu sekitar perairan Sabah.

Jadi, sekiranya AS tetap tidak mahu mengeluarkan senarai ‘K’ itu, ia bakal menakutkan pelancong dari serata dunia untuk berkunjung ke Malaysia kerana dikhuatiri diculik serta dijadikan tebusan oleh lanun.

 

Ramai Pihak Berharap AS Tarik Balik Senarai ‘K’

Sumber: Malaysiakini

Bukan Kementerian Luar sahaja yang menggesa AS menarik semula senarai ‘K’ itu, tetapi Ketua Menteri Sabah,  Mohd Shafie Apdal turut berharap agar  AS mengeluarkan Malaysia daripada senarai ‘K’ itu.

Katanya, Sabah adalah sebuah negeri yang selamat untuk dikunjungi, malah pelancong dari China dan Eropah masih berduyun-duyun datang ke negeri ini, termasuk di Semporna dan Pulau Sipadan.

Walaupun pernah berlaku beberapa insiden penculikan sebelum ini, tetapi Esscom telah melakukan yang terbaik bagi memastikan keselamatan dan pemantauan dipertingkatkan di kawasan itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah wajar Malaysia tersenarai daripada senarai ‘K’ dikatakan berisiko berlaku penculikan dan dijadikan tebusan di beberapa kawasan di timur Sabah?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN