10 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mengumumkan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di Malaysia.

Katanya, pemansuhan hukuman mati mandatori itu tetap perlu dikaji dengan lebih mendalam bagi meneliti kesan kepada hukuman jenayah di negara ini.

Bagaimanapun katanya, bagi kesalahan dadah ia mungkin berbeza kerana mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau sebaliknya.

Tambah beliau, kesemua kertas kerja kini sudah berada di peringkat akhir di mana Peguam Negara juga sudah memberi isyarat ia sudah siap untuk dibentangkan di Parlimen bermula 15 Oktober ini.

Sejak dulu lagi, isu ini menarik diperkatakan pemimpin politik berikutan hasrat kerajaan terdahulu dan kini yang mahu memansuhkan hukuman mati mandatori.

Namun, apakah kesannya jika ia dimansuhkan?

 

Fakta Hukuman Mati

Sumber: Suara bebas Tuaran

Hukuman mati yang dikenakan terhadap pesalah jenayah adalah berbeza bagi setiap negara di seluruh dunia.

Ada juga negara yang melaksanakan hukuman mati antaranya pancung, suntikan maut, kaedah kerusi elektrik serta rejam menggunakan batu.

Sumber: Ustaz Dr Nik Rahim Blog

Mengambil contoh negara Arab Saudi misalnya, hukuman pancung atau rejam antara kaedah yang digunakan mereka dalam pelaksanaan hukuman itu dan ianya berbeza dengan negara di Asia Tenggara di mana majoritinya menggunakan kaedah hukuman mati di tali gantung.

Sumber: Berdikari Online

Lain pula bagi negara China dan Indonesia, kedua-dua negara ini masih mengamalkan kaedah legend di mana mereka menggunakan skuad penembak untuk membunuh si pesalah.

Di Malaysia, hukuman mati mandatori dengan tali gantung digunapakai di mana ianya hanya akan dijalankan selepas semua proses perundangan dikenakan terhadap si pesalah.

Apabila kesemua proses perundangan dijalankan, hukuman gantung akan dikenakan oleh lembaga pengampunan selepas semua proses perundangan serta rayuan ditolak.

 

Wajar Atau Tidak?

Sumber: Merdeka Online

Sehingga ke hari ini, sekurang-kurangnya 58 buah negara termasuk Malaysia dilaporkan masih mengekalkan pelaksanaan hukuman mati.

Di negara kita, jika seseorang itu didapati melakukan kesalahan mengedar atau memiliki dadah, hukuman mati mandatori akan dikenakan terhadap mereka. Namun, apabila difikirkan semula, wajarkah hukuman mati yang sepatutnya dikenakan ke atas pesalah ini dimansuhkan?

Di kebanyakan negara, pelaksanaan hukuman mati hanya membabitkan kesalahan jenayah berat antaranya ke atas pesalah yang membunuh dengan niat, menculik, penggunaan serta pemilikan senjata api serta melancarkan perang terhadap pemimpin negara.

Oleh sebab itu, bagi mengekang jenayah berat seperti ini berterusan, beberapa negara termasuk Malaysia melaksanakan hukuman mati ke atas pesalah bagi melindungi masyarakat dari individu yang dianggap berbahaya serta sebagai langkah pencegahan untuk orang awam daripada melakukan kesalahan jenayah yang sama.

 

Hukuman Mati Tidak Selesaikan Masalah Utama

Ada beberapa pihak menyuarakan pandangan mereka dengan mendesak kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori ini kerana hukuman tersebut dilihat zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Selain itu, hukuman tersebut juga bertentangan dengan piawaian hak asasi manusia dunia malah pelaksanaan hukuman mati dilihat tidak mengurangkan jenayah spesifik terutama bagi kesalahan dadah dan bunuh.

Ada juga beberapa golongan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan hukuman mati mandatori tidak memberi kesan terhadap pengurangan kadar jenayah malah ianya semakin meningkat saban tahun.

Kata mereka, hukuman mati yang dikenakan tersebut dilihat seakan-akan tidak memberi kesan pencegahan dan perlu ditukarkan kepada tindakan penjara seumur hidup.

Malah beberapa pandangan lain turut menyatakan sekiranya pemansuhan itu dilaksana, ia akan meningkatkan lagi kadar jenayah di dalam negara dan malah lebih buruk lagi apabila masyarakat mulai tidak takut pada undang-undang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar hukuman mati mandatori dimansuhkan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN