Sumber: Khairul Yezal

Kecoh di media sosial dan menjadi bualan para netizen mengenai sekeping gambar yang telah di muat naik yang menyenaraikan bahawasanya golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) antara golongan yang layak menerima zakat di bawah Al-Riqab.

 

Apa itu Al-Riqab (Hamba)?

Al-Riqab ialah memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu.

Sumber: Suara Muhammad Iyah

Ia juga untuk memberikan kebajikan dan kasih sayang kepada LGBT yang bertaubat dan insafi, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang pada 14 Mei 2012 telah memutuskan Fatwa Jenis Penerima Zakat Asnaf Al Riqab Negeri Selangor adalah termasuk golongan ini.

Di dalam fatwa tersebut telah dinyatakan mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan layak menerima bantuan zakat asnaf Al Riqab melalui perantaraan mana-mana institusi atau NGO Islam yang berfungsi memulih golongan LGBT ini agar dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam.

 

Sumber: Pahang Daily

Rakyat Mudah Menghukum Tanpa Menyelidik Fakta

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh juga berkata salah faham terhadap tindakan berkenaan antara lain berpunca daripada sikap masyarakat yang terlalu cepat menghukum golongan ini tanpa memahami sedalamnya hukum-hakam yang dibenarkan di dalam agama Islam.

Sumber: Facebook

Dr. Maza juga ada membuat kenyataan tentang isu ini menerusi posting Facebook beliau. Dr Maza berkata ianya satu tindakan yang baik oleh Zakat Selangor tetapi disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Jadi, natijahnya mereka yang menghukum tanpa kajian ini hanya akan mendapat dosa percuma. Jika tidak sahih, sepatutnya anda tanya pihak yang lebih arif bukannya menyerang dengan hanya melihat tajuk berita sahaja. Tetapi itulah tipikal manusia hari ini. Suka menghukum orang tanpa usul periksa.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Adakah masyarakat perlu menghukum golongan LGBT?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN