Semalam, kecoh di media sosial mengenai satu klip video yang memaparkan sekumpulan pekerja bawahan Felcra Bhd ditengking oleh ketua pegawai operasi (COO) di sebuah ladang kelapa sawit.
Video yang dikongsi seorang netizen itu menjadi tular di Twitter dengan kapsyen berbunyi โAkhlak seorang pemimpin yang baru 4 bulan dilantik menjadi Chief Operating Officer/Executive Officer Felcra Berhad. Inilah kualiti pemimpin lantikan Kerajaan Pakatan Harapan. Nilaikan sendiriโ. Begitulah bunyinya.ย
Tidak dapat dipastikan apa tujuan serta motif sebenar individu terbabit meletakkan kapsyen sedemikian namun kapsyen berbaur kecaman itu rata-ratanya dilihat tidak dipersetujui para netizen.
Rata-rata di antara mereka menyatakan bahawa cara COO tersebut menengking pekerjanya itu tidak salah memandangkan cara itulah yang menyebabkan pekerja mereka menjalankan tugas dengan telus dan berwibawa.
ย
Felcra Tampil Beri Penjelasan ย
Selepas video tersebut menjadi tular, Felcra Sdn Bhd turut tampil memberikan penjelasan dalam sebuah video di dalam portal rasminya bagi mengelak salah faham serta andaian tidak berasas dalam kalangan netizen.
Melihat kepada cara COO itu bercakap, mungkin pada mata kasar, tindakan COO itu boleh disifatkan sebagai melampau yang seakan-akan โgila kuasaโ kerana tidak mengikut etika profesional yang betul terhadap pekerjanya.ย
Namun, pekerja yang dimarahi oleh COO terbabit tampil memberi penjelasan bahawa tindakan โmenengkingโ itu adalah perkara biasa bagi pekerja yang berada di dalam industri perladangan.
Katanya, COO terbabit hanya menjelaskan penggunaan semula beg baja, sebelum meninggikan suara selepas pertanyaanya kepada mandur ladang mengenai penggunaan beg baja itu tersilap jawab. ย
Dalam masa yang sama, turut dipaparkan beberapa gambar yang memperlihatkan COO itu sedang menjelaskan sesuatu kepada pekerjanya menggunakan papan putih di ladang kelapa sawit berkenaan bagi menggambarkan perkara sebenar yang berlaku.ย
ย
ย
Netizen Sokong Tindakan COO
Melihat kepada komen-komen yang dilontarkan netizen, kebanyakan mereka memuji serta mempertahankan cara COO.ย
Netizen merasakan tindakan itu sebagai satu tindakan yang wajar sebagai seorang ketua untuk mengajar anak buahnya.
Melihat kepada perkongsian video itu, COO terbabit hanya mahukan penjelasan sebenar dan bukannya memaki hamun tanpa sebarang sebab.
Lainlah kalau COOย tersebut memaki hamun pekerjanya dengan mengeluarkan kata-kata kesat, tindakan ituย wajar dikecam sekeras-kerasnya.
ย
Pengerusi Bersatu Kecam Tindakan Tersebut
Video tular itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen di media sosial namun Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim, turut mempersoalkan sikap COO Felcra itu.
Beliau menyifatkan cara COO itu sebagai satu tindakan yang memalukan bangsa.
Katanya, apa yang sepatutnya seorang ketua lakukan adalah dengan berbudi bahasa dan bukannya menengking walaupun terhadap pekerja.ย
Dalam masa yang sama, beliau turut meminta supaya Lembaga Felcra memberi amaran keras kepada COO terbabit atau notis pemberhentian atas perbuataannya itu.
ย
ย
Perlu Ikut Etika Bagi Elak Salah Faham
Menjadi seorang pemimpin lebih-lebih lagi mereka yang memegang jawatan tinggi di dalam sesebuah organisasi, bukanlah satu tugas ringan.
Sekiranya orang bawahan yang buat silap, orang ramai pasti akan menyalahi orang atasan terlebih dahulu.
Jadi, mungkin sebelum sebarang tindakan tidak diingini berlaku, lebih baik ketua mereka yang menegur mereka berbanding orang luar yang menegurnya.
Namun dalam hal ini, tidak kira apa sekali jawatan besar yang dipegang oleh seseorang itu, mereka perlu beringat bahawa setiap tindakan yang dilakukan itu bertujuan untuk mendidik ke arah kebaikan dan bukannya untuk menjatuhkan maruah seseorang itu dikhalayak ramai.
Apa yang perlu setiap pemimpin lakukan adalah dengan menerapkan nilai kasih sayang, teladan serta integriti yang baik dalam kalangan pekerja.
KATA ORANG
Kalu aku,sanggup aku kerja ngan boss mcm nie.lots of things u can learn from this kind of boss .plus jenis yg mcm nie slalunya jujur.xde kdekut ilmu
— chai (@chai6076) March 5, 2019
Dia takda maki hamun pun cuma dia jerit โterangkan, bukan duduk officeโ ๐คท๐ปโโ๏ธ
— arif ridzuan (@arfrdzn) March 5, 2019
Sebenarnya dgr ceo dlm video tu cakap, dalam guni tu ada plastik utk baja. So ada dua lapisan. Baja tak kena pun dekat guni sbb dh ada plastik dekat dalam. Dia minta officer terangkan dekat rspo dan pekerja ladang kenapa guni tu boleh guna recycle balik
— ๐ต๐๐๐๐ (@fitriazmann) March 5, 2019
What he did is correct! Production and output efficiencies are important. Private plantation giants IOI, KLK, UP etc untung billions tetepi agency kerajaan masih harap handouts !Ubah lah sikap ! Be productive! The new CEO is in the right path !
— Ir.Kumar (@skumar176) March 5, 2019