Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerajaan kini sedang mempertimbangkan tindakan tegas cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian.

Katanya, cadangan tersebut dibuat bagi memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan untuk mendapat pembelaan sewajarnya selepas mendapati peratusan lelaki yang liat membayar nafkah seperti yang diperintahkan mahkamah mencatatkan jumlah tinggi.

Walau bagaimanapun, cadangan untuk mengenakan sekatan bank terhadap suami itu terus menjadi bualan hangat netizen di media sosiak dengan ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantahnya.

 

Adakah Wajar Tindakan Yang Dilakukan Kerajaan Ini?

Sumber: Sirap Limau

Dalam perkara ini, suami perlu tahu hak-hak isteri selepas penceraian di mana mereka sememangnya mempunyai hak untuk menuntut nafkah daripada bekas suami.

Jika di Malaysia, setiap pasangan yang beragama Islam akan merujuk kes penceraian mereka di Mahkamah Syariah manakala bagi yang bukan Islam, keputusan cerai akan ditetapkan oleh Mahkamah Sivil.

Melihat pada kes penceraian di negara kita, sebanyak 171, 252 kes penceraian melibatkan pasangan Islam direkodkan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun sekaligus menunjukkan institusi kekeluargaan kini dilihat semakin rapuh dan berdepan dengan cabaran yang perlu diatasi segera.

Sumber: mStar

Banyak faktor yang dikenalpasti menjadi punca penceraian antaranya penyalahgunaan dadah, sikap boros dan berfoya-foya pasangan serta kes keganasan rumah tangga.

Tidak salah sekiranya kedua-dua belah pihak mahu mengambil keputusan untuk bercerai sekiranya ia merupakan pilihan terbaik bagi kedua-dua pihak namun perlu diingat selepas bercerai, suami dan isteri perlu sentiasa menjaga kebajikan anak mereka walaupun tidak duduk sebumbung.

Ada pasangan yang bercerai secara baik dan mengikut perintah mahkamah dengan memberi nafkah yang cukup setiap bulan kepada bekas isteri dan anak.

Namun, ada pula pasangan yang dilihat lepas tangan serta tidak mengambil peduli langsung terhadap anak dan bekas isteri seusai penceraian dilakukan.

Adakah kerana sudah tiada persefahaman dan sikap benci yang membuak-buak suami terhadap bekas isteri menyebabkan mereka liat memberi nafkah kepada mereka?

Atau disebabkan suami tidak mampu bayar nafkah kepada anak disebabkan mengalami krisis kewangan atau sengaja mahu lepas tangan apabila berkahwin dengan pasangan baru hingga melupakan tanggungjawabnya kepada bekas isteri dan anak.

Dalam perkara ini, walaupun sudah bercerai dan suami tidak mempunyai pertalian dengan bekas isteri, namun perlu diingat pertalian darah di antara anak dan bapa tidak akan terputus meskipun sesuatu perkahwinan itu berakhir.

 

Tindakan Kerajaan Beri Kegusaran Kepada Kaum Lelaki

Sumber: Sinar Harian

Apabila kerajaan mencadangkan untuk menyekat akaun bank milik suami yang liat memberi nafkah kepada isteri dan anak, sudah pasti ia memberi kegusaran kepada mereka.

Bagi lelaki yang bergaji besar tetapi seringkali memberi pelbagai alasan untuk tidak memberi nafkah kepada isteri, anda perlu bersiap sedia untuk menerima cadangan penguatkuasaan sekatan bank.

Bagi isteri yang sering ditindas oleh bekas suami, mereka sememangnya perlu menuntut kembali tungggakan nafkah yang tidak diberi oleh suami kepada pihak mahkamah.

Sekiranya bercerai, kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh mahkamah tidaklah kekal dan ianya boleh diubah mengikut kemampuan bapa.

Bayangkan, jika pasangan itu masih muda dan mempunyai anak kecil, sudah tentu nafkah yang diberi itu serba sedikit akan membantu meringankan beban ibu untuk menanggung anak itu apabila besar kelak.

Atau paling tidak pun, nafkah yang diberi oleh suami, akan digunakan untuk menanggung perbelanjaan harian anak.

Sumber: Beritagar

Oleh itu jelaslah di sini bahawa bapa sememangnya wajib memberi nafkah kepada anak-anaknya walaupun telah berlaku perceraian dan tidak lagi mempunyai tali pertalian bersama bekas isteri.

Walaupun berlaku penceraian, nafkah terhadap bekas isteri dan anak tidak harus diketepikan kerana ia mungkin boleh memberi kesan terhadap anak-anak terutama dari segi sosial dan psikologi mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan mengenakan penguatkuasaan terhadap suami yang liat membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak dengan membuat sekatan bank?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN