Semua orang tahu, perusahaan batik tempatan kini berada dalam bahaya disebabkan kemasukan batik dari luar yang boleh mengugat industri batik tempatan itu sendiri.

Tidak hairanlah, sektor swasta juga turut disaran memakai batik sekurang-kurang sekali dalam seminggu secara meluas seperti yang dilaksana di sektor kerajaan sahaja sebelum ini. Perkara ini disuarakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Sumber: Astro Awani

Dan yang terbaru, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar turut sama menyarankan agar semua Ahli Parlimen lelaki memakai pakaian batik ketika bersidang di Dewan Rakyat.

 

Persoalannya di sini, adakah apabila Ahli Parlimen itu sendiri memakai batik, mampukah ia dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan batik sutera dan tradisional tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri?

 

Pengusaha Sambut Baik

Biarpun segelintir pihak menganggap cadangan yang dibawa oleh Nurul Izzah itu dilihat tidak penting berbanding isu besar yang lain, tetapi inisiatif tersebut secara tidak langsung boleh merancakkan kembali industri batik tempatan.

Sumber: Sinar Harian

Meskipun sebelum ini, pemakaian batik tidak dibenarkan buat Ahli Parlimen lelaki, tetapi andai kata insiatif tersebut disokong sebulat suara di dalam parlimen, ia boleh mempopularkan industri batik tempatan ke persada antarabangsa.

Dalam hal ini, siapa lagi yang boleh membawa sesuatu perubahan itu sekiranya tidak bermula dari kalangan pemimpin tertinggi negara sendiri.

Apa yang pasti, sekiranya kerajaan benar-benar mahu membantu pengusaha industri batik tempatan, perubahan itu perlu dilaksanakan dari pemimpin tertinggi dahulu.

Dan pastinya rakyat akan turut sama mengikuti jejak langkah mereka sekaligus mampu menaikkan industri tekstil warisan negara kita.

 

Rais Yatim Pun Sokong

Sumber: Astro Awani

Melihat pada isu ini, Pengerusi Yayasan Budi yang juga Budayawan Nasional, Tan Sri Rais Yatim juga mengakui pemakaian batik di Parlimen adalah sesuatu yang baik dan perlu dipertimbangkan oleh semua pihak.

 

Beliau turut merasakan dalam memperkasakan industri batik, satu gerak kerja baharu perlu diwujudkan dan dasar-dasar lama seperti pemakaian batik pada setiap hari Khamis di pejabat kerajaan dan juga di tempat-tempat lain harus dipergiatkan lagi.

Sumber: Google

Melihat kepada tampuk pemerintahan kerajaan terdahulu, mereka tidak berjaya membawa pemakaian batik ke dalam Dewan Rakyat namun mungkin kali ini, sebagai kerajaan baharu, masih ada sinar harapan kepada pengusaha batik tempatan sekiranya PH menggesa sokongan kepada usul pemakaian batik dibenarkan untuk dipakai semasa parlimen bersidang.

Memang tidak dinafikan, sistem Parlimen Malaysia kita sendiri mencontohi sistem yang dilaksanakan negara Britain serta Australia.

Tetapi tidak ada salahnya sekiranya kita melakukan perubahan ke arah mengangkat martabat warisan batik negara kerana batik merupakan satu warisan negara yang harus kita banggakan.

 

Jika Indonesia Boleh Mengapa Tidak Di Negara Kita?

Tidak dinafikan di Indonesia, mereka memandang industri batik sebagai satu industri yang amat serius bagi menonjolkan budaya serta warisan negara mereka.

Sumber: Hipwee

Bagi pelancong yang pernah melawat negara mereka, kita pasti dapat melihat pemakaian batik di mana-mana sahaja.

Pelanggan kedai juga memakai batik inikan pula mereka pegawai kerajaan!

Difahamkan sejak tahun 2010 lagi, kerajaan Indonesia sudah menggalakkan kakitangan dan pegawai kerajaan memakai baju batik sebagai usaha mempopularkan khazanah warisan budaya negara itu.

Jadi, mengapa kita sebagai rakyat Malaysia tidak mengangkat seni batik itu di negara kita sepertimana yang dilakukan oleh negara Indonesia?

Sumber: BeritaSatu.com

Malah yang terbaru, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) turut sama menyarankan agar pemakaian kain sarung tenun diamalkan oleh rakyat mereka termasuk memakainya ketika ke pejabat dan harus dijadikan amalan sekurang-kurang sekali dalam sebulan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Setuju atau tidak jika Ahli Parlimen berpakaian batik Malaysia di Dewan Rakyat?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN