Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas pelakon dan pengacara Meletop, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa memuatnaik satu gambar di Instagram milik beliau memakai turban serupa beg tangan. Gambarnya itu mendapat kritikan yang hebat dari pengikutnya di instagramnya itu.

Imej berkenaan dimuat naik pada 29 Ogos lalu.

Neelofa berkongsi gambarnya ketika menjejakkan kaki di Paris, Perancis bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris untuk sebuah fesyen berjenama mewah.

 

Usikan Nakal Netizen

Imej Neelofa itu mendapat usikan nakal dari para netizen di media sosial apabila mereka tampil menunjukkan ‘kreativiti’ bagi mempersenda penampilan artis popular berkenaan.

Sumber: Perak Today

Sumber: Beautifulnara

Sumber: Beautifulnara

 

 

 

 

 

Netizen memuat naik gambar masing-masing meniru gaya turban dipakai usahawan terkenal itu dengan menggunakan beg sebenar yang mempunyai tali dan memakainya di kepala.

Warga Internet yang menggayakan fesyen beg di kepala itu pula terdiri daripada wanita berhijab.

Usikan nakal warga alam maya bermula gara-gara Neelofa berkongsi gambar turban bagi mempromosi kerjasamanya dengan sebuah jenama beg.

 

Bukan Sekali Dikecam Tentang Fesyen

Sumber: Says.com

Sebelum ini, jumpsuit merah jambu dan dress labuh hijau yang disarung oleh Neelofa pernah menjadi hiburan media sosial menyamakan beliau dengan karakter Power Rangers dan animasi Dragon Ball.

Sumber: KIsah Dunia

Selepas itu, beliau dikritik lagi gara-gara menyarung persalinan bersaiz besar dilengkapi beg pinggang (pouch beg). Ramai juga yang mengecam Neelofa sehingga menyamakan beliau dengan watak anime Jepun, Naruto dan menganggap beliau mangsa fesyen. Mereka turut mempersoalkan mengapa wanita secantik Neelofa mahu bergaya sebegitu rupa?

Masih juga hangat diperkatakan fesyen Neelofa di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018. Beliau menggayakan jenama di bawah The Melium Group.

Selebriti lain yang menggayakan jenama tersebut adalah Awal Ashaari, Idris Khan, Syafiq Kyle, Siti Saleha dan ramai lagi.

Netizen beranggapan pakaian tersebut seperti terlalu seksi dan menampakkan bentuk tubuh Neelofa yang agak ketara. Ramai yang menasihatinya agar tampil berhati-hati dalam berfesyen apatah lagi statusnya yang kini berhijab.

 

Hijab Tidak Mencerminkan Wanita Islam

Sumber: Sinar Harian

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemakaian hijab yang digayakan oleh Neelofa tambahan pula beliau pernah menunaikan ibadah Haji dan mendapat gelaran sebagai Hajjah Neelofa.

Pada umumnya Neelofa ini masuk ke dalam bidang hiburan tidak bertudung dan agak seksi juga. Tetapi pada tahun 2014, beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan bertudung litup.

Sebelum ini peminat pernah melihat dia bertudung sewaktu muncul mengacarakan rancangan Meletop tapi ianya sekadar menghormati peristiwa Isra’ Mi’raj.

Kini, Neelofa dilihat lebih berani menggayakan pelbagai fesyen dan pemakaian hijab yang menampakkan bentuk tubuh dan juga lehernya.

 

Apa Kata Neelofa?

Neelofa mengaku sudah lali dengan kritikan dan komen negatif netizen.

Meskipun ada dalam kalangan keluarga dan kenalannya yang tidak menggemari fesyen yang digayakan, dia tidak janggal menyarung apa pun persalinan yang diberikan.

Neelofa berkata, orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam.

Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Beliau tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Patutkan netizen melabelkan Neelofa 'penunggang agama' ?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN