Sumber: Isu Viral

Kemelut nama Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kini kembali semula selepas ia diperkatakan sejak tahun 2003. Ia berikutan keputusan kerajaan negeri Selangor yang ingin menukarkan nama KLIA kepada Sepang International Airport (SIA).

Diusulkan Exco Selangor

Perkara ini menjadi tular selepas tersebarnya minit mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di laman media sosial facebook pada hari Rabu lalu. Nama baharu telah diusulkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang juga merangkap Exco Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim.

Sumber: Buletin Online

Bagi beliau, antara sebab penjenamaan semula perlu dilakukan ialah untuk mencerminkan lokaliti lapangan terbang tersebut yang terletak di kawasan Sepang, Selangor.

Nama Perlu Seiring Dengan Nama Kawasan

Menurut Exco itu lagi, penjenamaan semula nama lapangan terbang tersebut adalah seiring dengan nama lapangan terbang di luar negara yang menggunakan nama kawasan setempat sebagai nama rasmi.

Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun usul tersebut masih lagi di peringkat cadangan dan perkara tersebut sedang di bawa ke Mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara.

Ini merupakan usul kedua selepas dibangkitkan kali pertama oleh Teng Chang Khim pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada April 2016.

Isu penukaran nama lapangan terbang bukan perkara baharu memandangkan usaha untuk menukar nama KLIA sudah beberapa kali diperkatakan, baik di pihak kerajaan (pembangkang ketika itu) mahupun di pihak pembangkang (kerajaan ketika itu).

Sumber: Malaysiakini

Dibangkitkan Senator BN

Misalnya, pada tahun 2003, ketika sesi sidang Dewan Negara, Datuk Syed Ali Alhabshee Senator daripada Barisan Nasional (BN) membangkitkan soal nama KLIA. Beliau mencadangkan agar nama KLIA ditukar kepada Mahathir Hasmah International Airport (MHIA) sebagai memperingati jasa Mahathir yang baru bersara daripada politik ketika itu.

Bagi beliau, pertukaran nama KLIA merupakan satu penghargaan kepada Mahathir yang banyak melakukan perubahan dan kemajuan kepada negara selama ini sama ada dari bidang politik, ekonomi, dan sosial penduduk. Namun, usul tersebut terhenti setakat itu.

Sumber: Sokmo.Net

Ahli Parlimen Tumpat

Perkara sama sekali lagi dibangkitkan pada tahun 2006. Kali ini cadangan dari ahli parlimen Dewan Rakyat (Pas-Tumpat), Datuk Kamaruddin Jaffar. Beliau turut mencadangkan nama KLIA ditukar kepada nama Mahathir yang banyak berjasa selari dengan nama lapangan-lapangan terbang antarabangsa lain.

Sungguhpun begitu, cadangan tersebut sekali lagi ditolak oleh ahli parlimen BN kerana cadangan tersebut dikatakan tidak ikhlas. Ini kerana ketika itu, berlaku konflik politik antara Mahathir dan  Perdana Menteri, Tun Abdullah yang menyebabkan Mahathir bertindak keluar UMNO.

Bagi ahli parlimen UMNO/BN, pertukaran nama beberapa tempat yang masih menggunakan nama penjajah itu yang perlu diutamakan terlebih dahulu seperti ‘Georgetown’ yang perlu ditukar kepada Tanjung atau Bunga Tanjung bagi menampakkan imej kebangsaan.

Sumber: Berita Harian

Cadangan Sama Dari PERDASAMA

Bukan itu sahaja, suara sama turut dizahirkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA). Pada Jun 2016, Presiden PERDASAMA, Datuk Moehamad Izat Emir mencadangkan agar nama KLIA ditukar kepada nama Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Bagi beliau, tindakan menukar nama KLIA kepada nama tokoh tanah air adalah untuk memperingati jasa tokoh berkenaan dalam masa yang sama menjadikan nama pengganti KLIA lebih gah. Malah, nama lapangan terbang bukanlah milik mutlak syarikat pemegang saham, sebaliknya nama tersebut harus melambangkan identiti sebuah negara.

Wajarkah Ditukar?

Perkara ini perlu diteliti sedalam-dalamnya. Mungkin idea tersebut agak menarik dan ada kewajarannya. Namun, tidak tepat untuk dilakukan pada masa sekarang. Dalam masa yang sama, semua pihak perlu memikirkan kesan dan akibatnya kerana nama KLIA sudah begitu terkenal di seluruh dunia. Adakah akan ada implikasi negatif?

Idea ini tidak sampai seminggu selepas nama program Permata ditukar kepada Genius. Sudah tentu perkara ini mendatangkan kemarahan ramai pihak.

Bagi kalangan warga maya, ramai yang menzahirkan ketidaksetujuan usul tersebut. Lebih-lebih lagi banyak dasar-dasar kerajaan terdahulu dijenamakan semula kepada nama baru seperti BR1M kepada BSH seolah-olah kerajaan PH hari ini kekeringan idea.

Dengan segala isu yang melanda kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini, ditambah dengan persepsi negatif kerajaan PH, adalah tidak sesuai untuk dbincangkan penukaran nama KLIA ketika ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Nama KLIA Ditukar?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN