Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila negara digemparkan dengan berita seorang ibu tunggal sanggup melacurkan dirinya sendiri demi menyara anaknya.

Bagaimanapun, tindakan ibu tunggal tersebut rata-ratanya mendapat perhatian masyarakat berdasarkan tindakan yang bakal dikenakan terhadap ibu tunggal tersebut yang mana beliau akan berdepan dengan hukuman sebatan syariah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Di media sosial, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan mahkamah yang mahu mengenakan hukuman sebat ke atas wanita tersebut kerana mereka berpendapat pastinya ada sebab tertentu mengapa wanita itu sanggup menggadaikan tubuhnya demi membersarkan anak.

Menurut kes ke atas tertuduh, wanita itu dipercayai menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat dan ditahan pihak berkuasa ketika sedang bersama dengan seorang lelaki dipercayai pelanggannya dalam serbuan di sebuah hotel 17 September lalu.

Namun, wanita tersebut mengaku bersalah dan merayu supaya hukuman terhadapnya memandangkan dia terpaksa mencari wang untuk membesarkan anaknya yang berumur tujuh tahun selepas berpisah bersama suaminya.

Wanita itu juga bakal berdepan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

 

Faktor Kemisikinan Punca Seseorang Sanggup Berbuat Apa Sahaja

Sumber: Power of Positivity

Dalam kes ini, sebagai manusia kita janganlah cepat menuduh yang bukan-bukan pada seseorang.

Siapa sangka disebalik kegigihan seorang ibu untuk membesarkan anaknya, dia sanggup untuk berbuat apa sahaja termasuk melakukan perbuatan yang dikeji agama.

Melihat kepada keadaan keluarga ibu tunggal itu, pasti liku-liku kehidupan yang dilaluinya amat mencabar memandangkan dia telah berpisah bersama suami yang tidak mahu mengambil tahu kehidupannya tanpa memberi nafkah.

Jika dilihat dari segi psikologinya, ibu tunggal ini sedang hidup susah di tambah dengan faktor kemisikinan sehingga terpaksa melacurkan diri kerana tidak mendapat pekerjaan.

Apabila seseorang itu terdesak untuk mendapatkan wang, mereka sanggup membuat perkara di luar jangkaan.

Antara faktor yang menarik wanita untuk menjaja tubuh antaranya disebabkan masalah kewangan, masalah penceraian mahupun isu kekeluargaan.

Yang pastinya, ramai yang menggunakan alasan tersebut kerana mahu keluar dari kesempitan hidup yang dialaminya lebih-lebih wanita yang mempunyai komitmen.

Dengan cara melacurkan diri, bagi individu seperti ini, mungkin dengan cara itulah mereka dapat mencari pendapatan dengan segera.

 

Wajarkah Ibu Tunggal Ini Dikenakan Hukuman Sebatan?

Sumber: Cubanos Por El Mundo

Dalam kes ini, mengapa semua pihak menyalahkan tindakan wanita sedangkan bakal suaminya hanya terlepas begitu saja?

Walaupun seseorang itu sudah tidak tinggal sebumbung, adalah menjadi tanggungjawab bekas suami untuk bertimbang rasa dan memberi nafkah kepada anak walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa pertalian bersama bekas isteri.

Ini tidak, mengabaikan anak tanpa memberi sebarang nafkah dan tidak mengambil tahu keadaan keluarga selepas bercerai?

Bagi mereka yang didapati bersalah, hukuman tetap akan dikenakan terhadapnya namun sebagai manusia, kita jangan cepat menghukum sesuatu perkara itu malah perlu mendidiknya.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Adakah ibu tunggal ini wajar dikenakan hukuman sebat berdasarkan masalah kesengsaraan hidup yang dialaminya?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN