Suatu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan berita yang mana seorang ahli politik diketuai DAP dilihat menggunakan kanak-kanak untuk menyemai sentimen kebencian terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber: Malaysiakini

Kini, terdapat pula desas-desus mengatakan bahawa calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram yang didakwa menghimpunkan sekumpulan kanak-kanak dalam sebuah kempen di Taman Orkid di kawasan DUN Rantau, malam tadi.

Difahamkan, kumpulan kanak-kanak itu dibawa naik ke atas pentas oleh penceramah sambil memegang kotak pensil berwarna sebelum menjadi tular di media sosial.

Penularan beberapa kepingan gambar itu bagaimanapun telah mencetuskan kekecohan pembangkang serta netizen di media sosial yang mendakwa tindakan tersebut seolah-olah mengeksploitasi kanak-kanak ketika berkempen.

 

Dikecam Hebat Pembangkang

Sudah menjadi perkara biasa apabila tiba musim berkempen, ada sahaja pihak yang dilihat cuba untuk memainkan sesuatu isu itu hanya untuk memberi imej negatif terhadap sesuatu parti itu.

Lebih-lebih lagi sebagai pembangkang.

Sumber: Malaysiakini

Laju sahaja mereka mencari kesalahan dari segenap sudut supaya dapat membuktikan kelemahan kerajaan dan menjaja cerita buruk kepada orang ramai.

Kejadian yang berlaku malam tadi turut sama mendapat ulasan pembangkang termasuk Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan serta bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang masing-masing menyelar tindakan itu.

Kata mereka, apa yang dilakukan oleh PH adalah sama sekali tidak beretika dan telah melanggar undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

SPR Berat Sebelah?

Apa yang dilakukan oleh PH ketika berkempen itu bagaimanapun terus diasak dengan bermacam-macam spekulasi.

Sumber: Free Malaysia Today

Ada pula pihak yang mengatakan SPR tidak telus dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar banyak peraturan sejak kempen PRK DUN Rantau bermula.

Antaranya, isu gambar pemimpin yang mana sekiranya BN mahu meletak gambar selain Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) ianya akan disoal.

Tetapi, sekiranya, PH  meletak gambar Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang tidak ada kaitan, ianya boleh sahaja dipaparkan.

Selain itu, jamuan makan juga diadakan secara terbuka, menggunakan kemudahan TV3 untuk membuat siaran langsung dan habiskan beratus ribu ringgit untuk satu program.

Persoalannya di sini, adakah apa yang dilakukan itu menyalahi undang-undang?

Sedangkan ketika mereka menjadi kerajaan dahulu, mereka juga turut sama melakukan perkara tersebut. Tak begitu?

Berhubung isu ini, sekiranya benar ada parti politik yang menggunakan kanak-kanak untuk tujuan berkempen, ianya tetap salah kerana ia telah melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

 

Streram Nafi Tidak Eksploitasi Kanak-Kanak

Sumber: Free Malaysia Today

Berhubung isu itu, PH tampil menjelaskan perkara sebenar di mana pihaknya tidak pernah mengeksploitasi kanak-kanak untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Perkara itu dijelaskan sendiri Dr S Streram yang mana kejadian yang tular itu hanyalah satu pertandingan mewarna yang dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam isu ini, tuduhan yang mengatakan bahawa PH mengeksploitasi kanak-kanak adalah tidak benar sama sekali.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah menjadi satu kesalahan berkempen menggunakan kanak-kanak ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN