Apabila peralihan kuasa politik kini, kita dapat lihat suara anak muda semakin mendapat perhatian daripada kerajaan.

Sumber: www.pmo.gov.my

Lebih-lebih lagi apabila golongan ini memainkan peranan penting sehingga berjaya membawa satu perubahan kepimpinan kerajaan menerusi proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Maka, tidak hairanlah kerajaan kini bersetuju untuk melantik seorang Ahli Dewan Negara dari kalangan belia yang bakal dibuat dalam masa terdekat ini.

Keputusan yang dibuat kerajaan itu amat jelas bahawa golongan ini juga perlu diberi peranan dalam usaha mentadbir dan membangunkan negara memandangkan gelombang anak muda kini sememangnya mampu membawa perubahan besar buat negara.

 

Bukti Anak Muda Diiktiraf Dalam Kerajaan Baru

Walaupun ramai yang menganggap golongan belia masih belum cukup pengalaman untuk memikul tanggungjawab besar lebih-lebih lagi di peringkat kerajaan, tetapi tidak salah untuk kita mencuba.

Sekiranya tidak mencuba, bagaimana kita mahu melihat perubahan kepada pembangunan belia itu sendiri kerana kita tidak berada di “tempat mereka”.

Sumber: mStar

Memang diakui, golongan belia dilihat sukar untuk mendapat tempat di dalam hierarki dunia politik disebabkan masih ramai golongan elit lama tidak mahu melepaskan jawatan mereka untuk diberi kepada golongan muda.

Tetapi, apabila ada seorang wakil belia di Dewan Negara, ianya boleh dijadikan pentas terbaik kepada golongan ini menyatakan pandangan mereka supaya dibawa ke pengetahuan kerajaan melalui saluran yang tepat dan bukannya di jalanan seperti yang dilakukan kumpulan tertentu.

Apa yang pasti, apabila kerajaan membuka ruang sebegini kepada mereka, objektif untuk melatih dan melahirkan barisan kepimpinan muda untuk keperluan negara pada masa hadapan pastinya dapat dicapai dengan sempurna baik di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

 

Belia Main Peranan Bentuk Masa Depan Negara

Sumber: Astro Awani

Bukan sahaja golongan tua, golongan muda juga antara golongan yang penting untuk membawa perubahan dan pembaharuan kepada negara itu.

Sekarang ini, populasi golongan belia dilihat berjumlah lebih daripada satu pertiga dari jumlah keseluruhan populasi negara.

Jadi, inilah masa terbaik terbaik di antara golongan muda dan tua untuk memacu negara bersama-sama sekaligus membawa kepada perubahan dan pembaharuan besar buat negara.

Walaupun diakui golongan belia tidak cukup pengalaman dan mungkin akan terburu-buru membuat keputusan yang mungkin bukan yang terbaik, tetapi dengan adanya sokongan daripada mereka yang berpengalaman, sesuatu idealisme itu pasti dapat dicapai dengan sempurna.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah dengan melantik seorang ahli Dewan Negara dalam kalangan belia ini mampu membawa perubahan dan pembaharuan besar buat negara?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN