Di Malaysia kini tular wabak penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand Food Mouth Disease (HFMD) di seluruh negara. Penyakit HFMD boleh menjangkiti sesiapa saja termasuklah orang dewasa. Namun, 90 peratus daripada kes HFMD berlaku pada kanak-kanak bawah lima tahun.
Pada 28 Julai 2018, seorang kanak-kanak telah dilaporkan meninggal dunia akibat wabak tersebut. Ya, wabak ini boleh membawa maut jika tidak ditangani dan dirawat dengan kadar segera.
Mangsa, Farhan Lukman Abdullah meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak pada pukul 2.08 pagi selepas berada dalam keadaan kritikal selama tiga hari.
Penyebab kematian adalah disahkan doktor kerana jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia) selepas jangkitan HFMD.
Ibu bapa juga perlu peka jika anak-anak anda mengalami simptom seperti demam ringan, hilang selera makan, ruam di bahagian tapak tangan , kaki dan ulser di dalam mulut. Rawatlah segera sebelum anda menangis di kemudian hari.
Statistik Wabak HFMD di Seluruh Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 39,174 kes HFMD sejak Januari tahun ini.
Pulau Pinang pula merekodkan 2,894 kes iaitu peningkatan sebanyak 116 peratus berbanding 154.6 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.
Melaka meningkat hampir 50 peratus iaitu sebanyak 1,446 kes sejak Januari berbanding 795 kes dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Selangor peningkatan wabak HFMD dikesan di negeri ini bermula minggu ke-15 hingga ke-17 tahun ini iaitu sekitar bulan April hingga Mei tahun ini.
Mengikut statistik setakat tempoh tersebut hingga kini (minggu ke-28) sebanyak 8,501 kes melibatkan kanak-kanak dari usia sehari hingga enam tahun dikesan dijangkiti HFMD. Sebanyak 568 kes melibatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dan 231 kes (13 tahun ke atas).
Negeri Sembilan dilaporkan meningkat 186.2 peratus dengan mencatatkan 1,634 kes sejak Januari. Jumlah tersebut terus meningkat berbanding 571 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Daerah Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,151 kes diikuti daerah Jempol (129), Port Dickson (93), Rembau (85), Kuala Pilah (80) serta Tampin dan Jelebu, masing-masing dengan 48 kes.
Sabah direkodkan 2,605 kes dilaporkan setakat 27 Julai , dengan daerah Kota Kinabalu masih mencatatkan kumulatif tertinggi iaitu sebanyak 476 kes.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, ini diikuti daerah Beaufort sebanyak 342 kes, Penampang (207 kes) dan Sandakan (181 kes).
Negeri lain juga mencatatkan kes ini di paras bahaya dan mengambil langkah berhati-hati.
Langkah Pencegahan Yang Perlu Diambil Serius
Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan masyarakat agar mematuhi langkah pencegahan virus penyakit HFMD, agar pelaksanaan pencegahan virus itu boleh dicapai secara maksimum.
Apa yang perlu dilakukan adalah penjagaan diri, persekitaran, basuh tangan sebelum dan selepas makan serta kuarantin anak-anak yang tidak sihat agak virus HFMD dapat dielakkan.
Apa-apa pun kesedaran serta kepekaan ibu bapa sangat penting dan jangan harapakna pihak lain untuk tangani masalah ini. Ibu bapa perlu main peranan bermula dari rumah lagi.
KATA ORANG
Since the beginning of this year, there are over 35,000 cases of hand,foot and mouth disease (HFMD) in Malaysia. Children are susceptible: virus causes mild fever, mouth ulcers and rash on hands and feet.Saliva and faeces of patients contain the virus which spreads by contact.
— Tan Seng Giaw (@Senggiaw) July 26, 2018
Lagi2 anak yg kena HFMD ni. Kalau boleh kuarantin la anak tu lama pun xpe. Xpayah la nak bawak g mall ke naik troli ke apa. Anak kau bukan mati pun kalau x bawak g mall ke apa!
— Naddy (@naddy337) August 13, 2018
Tadi pergi hero. Masa nak ambil air calciyum Adam tu aku nampak ada 2 beradik ni duk buat2 minum air botol, siap bahagian tudung botol tu mmg masuk mulut lah. Pastu letak balik. Defakkk.
— Mak Boboiboy (@SyahAiniMS) August 4, 2018
Geli nak mati, patut lah hfmd byk kat hypermarket/supermarket 💆