Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai beberapa gambar serta rakaman video intim seorang lelaki yang dikatakan mirip seorang Menteri.

Sumber: NewMalaysianPost.com

Dalam rakaman berkenaan, dapat disaksikan seorang lelaki melakukan oral seks terhadap ‘menteri’ tersebut. 

Sumber: NewMalaysianPost.com

Bukan itu sahaja, beberapa gambar butiran transaksi wang keluar negara melibatkan Maybank dan Deutsche Bank bernilai ratusan ribu dolar Amerika juga turut disebarkan kepada wartawan dan anggota parti politik melalui kumpulan Whatsapp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’.

Rakaman video berkenaan sama sekali mengejutkan seluruh rakyat Malaysia sekaligus mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk ahli-ahli politik.

 

Haziq Buat Pengakuan Jalin Hubungan Dengan Menteri

Apa yang mengejutkan, individu bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz, 27, tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi intim yang menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

Dalam video itu, Haziq yang juga setiausaha sulit kanan kepada Shamsul Iskandar Md Akin itu mendakwa video tersebut dirakam tanpa kebenarannya pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan, namun tidak menyatakan siapakah individu yang merakam video tersebut.

Bukan itu sahaja, dia turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat Menteri terbabit yang dikatakan tidak layak menjadi pemimpin atas tuduhan melakukan korupsi.

 

Azwan Ali Cabar Azmin Nafi Pembabitan Dalam Video Lucah

Sumber: mStar

Disebalik pelbagai kritikan yang dibuat banyak pihak, selebriti popular, Azwan Ali mencabar abangnya, Azmin Ali untuk membuat pengakuan bersumpah menafikan keterlibatannya di dalam sebuah video intim tersebut.

Malah, dia juga meminta abangnya untuk muhasabah diri dan membersihkan namanya berhubung penyebaran video intim tersebut sekiranya ia adalah fitnah.

 

Netizen Sifatkan Haziq Dibayar Untuk Sebar Fitnah

Berhubung isu ini, rata-rata netizen berasa curiga dengan video intim dan pengakuan berkenaan. Ramai berpendapat ia adalah cubaan untuk menjatuhkan Menteri terbabit.

Malah, mereka turut mempersoal isu berkaitan rasuah di dalam video intim tersebut.

Tidak kurang juga, ada yang membuat spekulasi bahawa kejadian itu sebenarnya sudah dirancang selain mendakwa Haziq dibayar pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah terhadap Menteri terbabit.

Sumber: mforum.cari.com.my

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang bertindak menjadi penyiasat beberapa posting daripada Menteri berkenaan sebelum ini yang dilihat tidak selari dengan tarikh video itu dirakam seperti didakwa Haziq.

Dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, semua orang boleh mencipta apa sahaja untuk menfitnah seseorang.

Telefon pintar yang canggih itupun boleh diceroboh dan digodam, inikan pula gambar serta video yang boleh disunting dan diklonkan menggunakan kecanggihan yang ada.

Jadi, adakah ini satu fitnah yang sengaja dicipta untuk mengacau-bilaukan kerajaan atau satu serangan peribadi terhadap Menteri terbabit?

Awas Teknologi ‘Deepfake’

Melihat kepada beberapa keping gambar serta video intim yang tersebar itu, mungkin ramai yang percaya bahawa ia sama sekali mirip menteri berkenaan. 

Walhal, sekarang ini, banyak sahaja teknologi yang boleh digunakan seseorang untuk menyalin dan menampal muka seseorang kepada orang lain dalam bentuk video tanpa sebarang cacat cela sepertimana yang digunakan dalam teknologi ‘deepfake’ ini. 

Difahamkan, teknologi ‘deepfake’ ini banyak digunapakai dalam pembikinan video porno menggunakan wajah artis-artis terkemuka wanita Hollywood sejak 2007. 

Malah, beberapa individu terkenal seperti Donald Trump dan Barrack Obama juga pernah menjadi mangsa terhadap penggunaan teknologi seperti ini. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai rakaman video intim yang dikaitkan dengan Menteri ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN