Pada 21 Ogos lalu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan yang kerajaan secara pendiriannya telah memberi lampu hijau untuk membenarkan teksi motosikal, Gojek memasuki Malaysia secara sah dan ramailah yang menyambutnya dengan gembira.

Sumber: CNBC Indonesia

Mana taknya, penawaran teksi dua roda ini dikatakannya mampu memberikan peluang pekerjaan kepada “mat motor diluar sana”.

Tapi tahukah anda, ini bukanlah idea asli. Kalau anda masih ingat, dalam tahun 2017 ada perkhidmatan Dego Ride yang beroperasi menggunakan modus operandi yang serupa?

Malangnya ia diharamkan atas faktor keselamatan walaupun mampu beroperasi buat beberapa ketika.

Sumber: Free Malaysia Today

Selepas bertukar kerajaan, Dego Ride turut mengumumkan yang mereka kembali beroperasi secara kecil-kecilan di Lembah Klang sekitar bulan September 2017.

Aktiviti itu tidak lama kerana mereka diharamkan terus dengan pengumumkan kerajaan akan ambil tindakan terhadap rakan niaga, Dego Ride. 

Namun kini, pegasasnya Nabil Feisal menyuarakan penghargaannya kepada Syed Saddiq kerana bersependapat dengan beliau.

Tapi sudah tentu dia turut mengharapkan bakat tempatan diketengahkan dahulu sebelum cari di luar sempadan negara tak begitu? 

Bukan hendak menidakkan usaha kerajaan untuk memperkaya peluang pekerjaan, tetapi sebelum membawa masuk Gojek daripada luar, mengapa tidak berpaling pada alternatif tempatan? 

Jadi, AKO terpanggil untuk menjawab segala persoalan yang bermain di minda masyarakat mengenai perkhidmatan ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju dengan pelaksanaan Gojek ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN