Semua orang tahu Malaysia adalah negara berbilang kaum. Ada Melayu, Cina dan India serta lain-lain kaum dalam minoriti kecil.

Dalam suasana sambutan Hari Kebangsaan ketika ini pula, ramai akan bercakap mengenai semangat patriotik. Tetapi, sejauh mana kita sebagai rakyat negara ini tahu apa makna sebenar Hari Malaysia itu sendiri?

Untuk menjawab persoalan ini, Apa Kata Orang tertarik untuk membuat satu rakaman video yang diterbitkan khas sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut 16 September ini untuk menguji sekuat manakah semangat kenegaraan kita semua.

Adakah kita semua faham tentang kewujudan Hari Malaysia itu sendiri atau hanya sekadar sambut secara gilang gemilang tanpa tahu erti sebenarnya? Jadi, jom kita lihat reaksi orang ramai mengenai pengertian Hari Malaysia itu sendiri.

Bagi yang tidak tahu, Sambutan Hari Malaysia itu adalah untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia adalah tanda penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia.

Pada awalnya, Hari Malaysia adalah cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun bermula pada tahun 2010, Hari Malaysia menjadi hari cuti am di semua negeri.

Oleh itu, tarikh terbentuknya Malaysia ini sama sekali perlu dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Jadi, bagi meraikan rasa syukur dalam diri serta menghargai makna sebenar sambutan Hari Malaysia, marilah kita menyambut Hari Malaysia ini dengan penuh kegembiraan dan penuh kesyukuran.

Selamat Menyambut Hari Malaysia dari kami team AKO! #SayangiMalaysiaku.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa rakyat negara ini masih kurang menyedari atau tidak mengetahui sejarah pembentukan Malaysia?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN