Walaupun tidak mendapat tempat pekerjaan dalam sektor swasta mahupun kerajaan, rata-rata golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) mampu memperoleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan.

Golongan ini pada dasarnya dilabelkan masyarakat sebagai pemuas nafsu atau lebih sinonim menawarkan khidmat seks.  Namun stigma itu ditepis sama sekali oleh Make Up Artist dan juga instafamous, Aizat Abdul Razak.

Katanya yang pernah meraih pendapatan RM70 ribu sebulan, bayaran diperolehi berdasarkan reviu produk, solekan serta jurucakap untuk syarikat kecantikan.

Jom ikuti temubual Aizat bersama team AKO mengenai kisah perjalanan hidupnya dan kerjaya sebagai Makeup Artis terkenal.

 

Populasi komuniti  golongan LGBT semakin membimbangkan apabila golongan ini semakin berani mendedahkan diri terutama di media sosial.

Namun, sampai bila golongan ini akan dipandang serong oleh masyarakat kita? Terang lagi bersuluh golongan ini bersalah kerana cara pergaulan, pemakaian dan sebagainya.

Tetapi, jangan pukul rata kerana bilangan golongan ini perlu diperincikan kerana ada antara mereka yang mempunyai keinginan untuk berjaya dalam hidup.

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah golongan ini patut diberikan pekerjaan dalam sektor swasta dan kerajaan sama seperti orang lain?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN